Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
No. 15-1 JALAN MATAHARI Z U5/Z, SUBANG 2,40170 SHAH ALAM. Email: tahfizprofesional@gmail.com Call/Whatsapp:018-7604505
Tuesday, March 29, 2011
Monday, March 28, 2011
BUDAYA MENYUMBANG SAMBIL MENCARI REZEKI
SETIAP manusia telah dijamin rezekinya oleh Allah. Ia tidak hanya dikatakan sebagai wang ringgit tetapi pengertiannya amat luas sekali merangkumi kesihatan yang baik, ketenteraman jiwa, keturunan, isteri dan anak yang baik.
Kerunsingan soal rezeki yang dimiliki adalah perkara biasa namun anggaplah semua itu sebagai suatu dugaan serta cabaran untuk lebih kuat dan cekal berusaha.
Sebagai hamba Allah yang beriman, teruskan berusaha kerana setiap kejayaan bukan sahaja memerlukan kerja keras tetapi juga tanpa berputus asa melaksanakannya. Ketahuilah dan yakinlah bahawa sesungguhnya Allah Maha Pemberi dan Pemurah atas rezeki untuk hamba-Nya. Redho dan tawakallah agar Allah memberkati segala yang kita lakukan. Semua yang berlaku atas izin-Nya. Allah berfirman yang bermaksud: “Barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, maka Allah akan mencukupkannya (memelihara). Sesungguhnya Allah menyampaikan urusanNya. Sesungguhnya Allah mengadakan qadar (takdir) bagi setiap sesuatu.” (Surah at-Taalaq ayat 3).
Sikap memberi atau bersedekah membuka pintu rezeki lebih luas kepada mereka yang melakukannya.
Ia penyubur kebaikan serta melipat gandakan rezeki seseorang hamba. Allah berfirman yang bermaksud: “Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 261). Oleh itu jalankan amanah kekayaan yang Allah kurniakan itu bagi membantu mereka yang memerlukan. Dalam rezeki Allah itu terdapat hak orang lain yang perlu dimanfaatkan. Berilah dalam kuantiti sedikit jika yang sedikit itu jua yang kita mampu kerana dalam sedikit itu terdapat keberkatannya.
Umat Islam patut mengambil pendekatan ‘menyumbang sambil mencari rezeki’ kerana menurut sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah harta itu berkurang disebabkan oleh sedekah.” (Riwayat Muslim).
Beri setakat mana termampu dahulu kerana sumbangan terkecil itu mampu menjadi pembersih harta kita. Sedekah orang yang kurang hartanya lebih besar ganjarannya. Rasulullah SAW bersabda:
“Sedekah yang paling utama adalah menggembirakan fakir dan dikeluarkan dalam keadaan sedikit harta. (Riwayat Ahmad).
Allah berfirman: “Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Surah al-Baqarah ayat 262).
Selain dari harta, tenaga dan buah fikiran bagi mengajak manusia lain melakukan kebaikan dan melarang mereka dari kemungkaran juga adalah juga sedekah.

Untuk menyempurnakan amalan sedekah, eloklah diperhatikan beberapa perkara antaranya seperti berikut:
1. Barang yang disedekahkan mestilah baik kerana ia adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah,
2. Sesuatu yang disedekahkan mesti halal,
3. Sunat jika bersedekah dengan benda atau barang yang disukai dan disayangi tidak kira ia banyak atau sedikit. Allah berfirman yang bermaksud: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Surah Ali-Imran ayat 92).
4. Jangan sesekali bersedekah kemudian mengungkit, merungut dan menyakiti hati orang yang menerima kerana perbuatan itu haram serta merosakkan amalan sedekah.
5. Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal. Perbuatan ini lebih dekat kepada keikhlasan kerana menjauhkan diri daripada riak hingga merosakkan amalan,
6. Penumpuan perlu diberikan kepada lapan golongan asnaf yang layak menerima zakat iaitu fakir, miskin, amil, muallaf, riqab (hamba yang menebus dirinya secara ansuran), al-gharimin (orang yang menanggung hutang dan tidak mampu menyelesaikannya), fisabilillah (berjuang di jalan Allah) serta ibnu sabil (musafir yang terputus bekalannya di perantauan).
7. Pastikan niat kita ikhlas kerana Allah SWT kerana menderma untuk mendapat pujian, nama atau pangkat hanyalah sia-sia.
Setiap orang Muslim akan mendapat pelbagai nikmat dan kesan kehebatan sedekah itu ketika berada di dunia lagi seperti mudah menerima ilmu, terhindar daripada penyakit, jiwa sentiasa tenteram dan menghapuskan sifat bakhil.Manakala ganjaran di akhirat pula ialah sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.”
Marilah kita amalkan ilmu yang kita miliki mudah-mudahan Allah akan memberkati nikmat rezki dan harta yang kita perolehi. Ketinggian dan kemuliaan nilaian amalan sedekah kita adalah terletak kepada niat ikhlas semata-mata kerana Allah dan menepati cirri-ciri yang disebutkan di atas tadi. Adalah diharapkan agar semua warga Institut Tahfiz Al-Quran Profesional Subang 2 (I.T.A.P.), para ibubapa dan sekelian muslimin dan muslimat dimudahkan Allah SWT untuk menjalankan ibadah ‘menyumbang sambil mencari rezeki’ demi kebaikan ummah dan ganjaran berterusan di akhirat kelak. Wallahu aklam.

Monday, March 21, 2011
NASIHAT IMAM AL-GHAZALI
Suatu hari, Imam al-Ghazali rahmatullah alaih (r.a.) berkumpul dengan murid-muridnya. Beliau bertanyakan enam soalan yang berikut:
SOALAN PERTAMA: "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
SOALAN PERTAMA: "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang memberikan jawapan orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah 'mati'. Sebab itu sudah janji Allah setiap yang bernyawa pasti akan mati. (rujuk Surah Ali-Imran ayat 185).
SOALAN KEDUA: "Apakah yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab China, bulan, matahari dan bintang.
Imam al-Ghazali menjelaskan semua jawapan yang mereka berikan adalah benar, tetapi yang paling benar adalah 'masa lalu.'
Walau bagaimana hebat sekalipun kita, kita tidak boleh kembali kepada masa lalu. Oleh itu, kita perlu menjaga hari ini dan hari akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

SOALAN KETIGA: "Apakah yang paling besar di dunia ini?" Ada muridnya yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar, kata Imam al-Ghazali.
Tetapi, katanya, yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah 'nafsu' (rujuk Surah al-A'raaf ayat 179). Oleh itu, kita perlu berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai nafsu menjerumuskan diri ke lembah neraka.
SOALAN KEEMPAT: "Apa yang paling berat di dunia ini?" Ada yang menjawab baja, besi dan tidak kurang yang mengatakan gajah. Imam al-Ghazali berkata semua jawapan itu namun yang paling berat adalah 'memegang amanah.' (rujuk Surah al-Ahzab ayat 72).
Tumbuhan, haiwan, gunung malah malaikat juga semuanya tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.
Bagaimanpun, manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.
SOALAN KELIMA: "Apa yang paling ringan di dunia ini?" Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan dedaun. Semua itu benar, kata Imam al-Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini ialah 'meninggalkan solat.'
Gara-gara keletihan dengan tugasan seharian, kesesakan lalu lintas, permainan, sukan dan sebagainya, kita meninggalkan solat yang diwajibkan ke atas kita.
Gara-gara keletihan dengan tugasan seharian, kesesakan lalu lintas, permainan, sukan dan sebagainya, kita meninggalkan solat yang diwajibkan ke atas kita.
SOALAN KEENAM: "Apakah yang paling tajam di dunia ini?" Murid-muridnya menjawab dengan serentak iaitu pedang.
Benar kata Imam al-Ghazali, tetapi menurutnya yang paling tajam ialah 'lidah manusia.' Ini kerana melalui lidah, manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan rakan sendiri, jiran tetangga, guru, ustaz, ustazah dan ibubapa.
Semoga ia menjadi SUMBER muhasabah diri kita untuk mencapai tahap keTAQWAan yang tinggi di sisi Allah SWT.
Sunday, March 20, 2011
ARAK BUKAN PENENANG, AL-QURAN ADALAH
Minggu lepas merupakan kali pertama saya bertemu dengan seorang remaja sedang berjalan sendirian di taman perumahan. Kali ini yang pertama kerana agak ganjil sedikit. Perasaan saya secara tiba-tiba tersentuh, terbit kasih-sayang sesama Islam yang ingin melihat saudaranya terselamat dari sentuhan api neraka. Apabila melihatnya berjalan sambil memegang tin minuman, dalam keadaan hujan renyai-renyai, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Lantaran itu saya terus memberhentikan kereta di tepi jalan dan menghampiri remaja tersebut. Timbul perasaan cemas akibat bimbangkan perkara yang diluar jangkaan ataupun tindakbalas agresif dari remaja tersebut. Degupan jantung saya semakin kuat namun masih memberanikan diri kerana tanggungjawab insani yang mungkin akan dipersoalkan kelak oleh Ilahi.
"Assalamualaikum, siapa nama saudara?" Beliau memperkenalkan diri lalu saya bertanya lagi, "Apakah yang kamu campakkan ke dalam tong sampah tadi?". "Tak ada apa-apa encik". "Baiklah biar saya ambil". Kebetulan..pada waktu itu ada seorang pengutip sampah. Beliau terus menghulurkan satu tin minuman keras yang baru sahaja dibuang oleh remaja tersebut. Saya terus merangkul bahunya sebagai tanda persahabatan dan bukanlah berhasrat untuk mencari pergaduhan. Rangkulan bahu itu juga untuk memberikan keselesaan kepadanya agar dapat memberikan jawapan yang saya ajukan. Seperti yang diharapkan, remaja tesebut amat berterus terang mengenai keluarganya, institusi pengajiannya sekarang, serta tempat tinggalnya. Dalam saat kecemasan menanti jawapannya, hidung saya sudah tidak tertahan lagi menghidu bau arak dari mulutnya lantas saya mengajukan soalan berbentuk amaran kepadanya, "Hendak saya bagitahu pihak kolej tentang perlakuan kamu ini?". "Jangan Encik, berilah saya peluang sekali lagi". "Baiklah, saya ada semua maklumat yang kamu beri tadi, saya tidak akan teragak-agak menghubungi pihak kolej sekiranya mendapati kamu mengambil arak sekali lagi. Pihak kolej akan mengambil tindakan membuang kamu dari meneruskan pelajaran". "Terimakasih Encik", balasnya ringkas.
Setelah remaja berkenaan beredar pergi, saya masih teringatkan salah satu jawapan yang diberi.."Inilah kali pertama saya cuba minum. Nak cuba kurangkan tekanan perasaan". "Mashaallah, tersasar jauh sungguh fahaman kamu",balas saya sambil meneruskan ungkapan "arak adalah haram".
"Ubat penenang jiwa adalah Al-Quran", ujar saya lantas memberikan sedikit lagi peringatan kepada remaja tersebut melalui kisah sahabat Nabi SAW yang berikut:
Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh: “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.” Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah.
Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.
Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.
Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.
Malam terus berlalu, hujan renyai-renyai masih membasahi bumi. Remaja tersebut beredar pergi.

Tuesday, March 15, 2011
PELIHARA DIRI DARI KESAN RADIASI NUKLEAR JEPUN
Sepanjang 140 tahun, inilah agaknya Tsunami yang paling teruk di Jepun. Penduduk Jepun dan sekitarnya menjadi semakin bimbang disebabkan oleh kebocoran loji janakuasa nuklear Fakushima Daiichi dan letupan Nuklear di Fukumi. Terdapat sesetengah pihak telah menghantar sms berbunyi begini:
"A nuclear power plant in Japan has been exploded. Jika hujan turun, jangan keluar rumah jika tiada apa-apa keperluan. Jika keluar waktu hujan gunakan payung atau apa-apa as protector. Hujan asid boleh menyebabkan kanser kulit, keguguran rambut dan burn our skin. This applies to all Asean countries".
Kesan radiasi nuklear ke atas manusia adalah:
Ibnu Katsir menjelaskan dengan ringkas bahawa: “Allah Subhannahu wa Ta'ala membuat permisalan dunia sebagai keindahan yang fana dan nikmat yang akan sirna. Yaitu seperti tanaman yang tersiram hujan setelah kemarau panjang, sehingga tumbuhlah tanaman-tanaman yang menakjubkan para petani, seperti ketakjuban orang kafir terhadap dunia, namun tidak lama kemudian tanaman-tanaman tersebut menguning, dan akhirnya kering dan hancur”.
Menghindari dan menyelamatkan diri dari terdedah kepada radiasi nuklear adalah suatu ikhtiar dan merupakan tanggungjawab kita ke atas keselamatan diri dan ahli-ahli keluarga kita agar membolehkan kita umat Islam terselamat dan meneruskan ibadat kepada Allah SWT serta bertaubat kepadaNya demi mencapai redhaNya insyaallah.

“Ketahuilah, bahawasanya kehidupan dunia hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanaman-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan akhirat (nanti) ada azab yang keras dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu”.(Al-Hadid: 20)
- Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.
- Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.
- Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.
- Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.
- Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
- Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma.
Ingatlah Firman Allah Subhannahu wa Ta'ala yang bermaksud:
Ibnu Katsir menjelaskan dengan ringkas bahawa: “Allah Subhannahu wa Ta'ala membuat permisalan dunia sebagai keindahan yang fana dan nikmat yang akan sirna. Yaitu seperti tanaman yang tersiram hujan setelah kemarau panjang, sehingga tumbuhlah tanaman-tanaman yang menakjubkan para petani, seperti ketakjuban orang kafir terhadap dunia, namun tidak lama kemudian tanaman-tanaman tersebut menguning, dan akhirnya kering dan hancur”.
Menghindari dan menyelamatkan diri dari terdedah kepada radiasi nuklear adalah suatu ikhtiar dan merupakan tanggungjawab kita ke atas keselamatan diri dan ahli-ahli keluarga kita agar membolehkan kita umat Islam terselamat dan meneruskan ibadat kepada Allah SWT serta bertaubat kepadaNya demi mencapai redhaNya insyaallah.
BAB 1 - BERSUCI
Salam,
Berikut adalah merupakan nota kelas Fardhu Ain untuk kaum Muslimat yang diadakan di Surau al-Razi Bandar Pinggiran Subang. Semoga anak-anak murid ustazah dapat mengambil manfaat darinya:
SIRI 1:
Erti Bersuci
Bersuci pada bahasa ialah bersih dan terhindar daripada segala kekotoran samada dalam bentuk hissiah iaitu yang boleh dirasa sseperti najis atau ma’nawiyyah seperti perkara yang menghaibkan, atau sifat-sifat terkeji.
Bersuci mengikut istilah syara’
Bersuci mengikut istilah syarak ialah perbuatan yang apabila dilakukan akan mengharuskan sembahyang didirikan atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan hukum sembahyang, seperti berwudhuk kepada sesiapa yang tidak berada dalam keadaan berwudhuk, mandi kepada sesiapa yang diwajibkan mandi dan menghilangkan najis daripada pakaian, badan dan tempat.
Islam Mengambil Berat Kebersihan dan Bersuci
Islam ssngat mengambil berat terhadap bersuci dan kebersihan. Ia dapat dilihat sebagaimana berikut:
1. Perintah berwudhuk beberapa kali setiap hari untuk mendirikan sembahyang. Firman Allah Ta’ala:
Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu ingin mendirikan sembahyang, maka basuhlah muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga ke siku, dan sapulah kepala-kepala kamu hingga kedua buku laki
(al-Maidah:6)
2. Dorongan atau gesaan supaya mandi pada keadaan tertentu. Firman Allah Ta’ala:
Jika kamu dalam keadaan berjunub maka bersucilah
(al-Maidah:6)
Al-bukhari (856) dan Muslim (849) meriwayatkan sabda Rasulullah S.A.W:
لِلَّهِ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ أَنْ يَغْتَسِلُ فِىْ كُلِّ سَبْعَةِ أَيَّامٍ يَوْمًا يَغْسِلُ فِيهِ رَأْسَهُ وَجَسَدَهُ
Tanggungjawab setiap Muslim kepada Allah ialah mandi satu hari dalam seminggu dengan membasuh kepala dan badannya sekali
3. Perintah supaya memotong kuku, membersih gigi dan pakaian.
Al-Bukhari (5550) dan muslim (257) meriwayatkan sabda Rasulullah S.A.W:
خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ : الخِتَانُ وَالاسْتِحْدَادُ وَنَتْفُ الإِبْطِ وَتَقْلِيمُ الأَظَافِرِ وَقَصُّ الشَّارِبِ
Lima perkara daripada fitrah : berkhatan (bersunat), mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.
Al-Bukhari (847) dan muslim(252) meriwayatkan sabda Rasulullah S.A.W
لَوْ لاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَىْ أُمَّتِيْ لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلاَةِ
Sekiranya tidak membebankan ke atas umatku, nescaya aku memerintahkan mereka supaya bersugi setiap kali sembahyang.
Menurut riwayat Imam Ahmad (6/325) di akhir hadith tersebut: ketika setiap kali berwudhuk.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
Dan pakaian kamu, maka bersihkanlah (Muddathir:4)
Abu Daud (4089) meriwayatkan sabda Nabi S.A.W kepada para sahabatnya:
Sesungguhnya kamu akan berjumpa saudara-saudara kamu, maka perelokkanlah bekalan kamu dan pakaian-pakaian kamu sehingga kamu menjadi tahi lalat di kalangan manusia. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada perkataan dan perbuatan yang keji dan keterlaluan dalam perkataan dan perbuatan.
Maksud bekalan (rihal) iaalah semua barang yang diperlukan untuk perjalanan seperti bekas-bekas dan lain-lain yang diletakkan di atas belakang unta atau binatang tunggangan.
Maksud menjadi tahi lalat dikalangan manusia ialah menonjol dan berbeza dengan orang lain.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah kasih kepada orang suka bertaubat dan kasih kepada orang yang suka bersuci.
(al-Baqarah:222)
Sesungguhnya Islam juga telah menjadikan berssuci itu separuh daripada iman. Sabda Rasulullah S.A.W:
Bersuci adalah separuh daripada iman (Muslim (223)
HIKMAT DISYARIATKAN BERSUCI
Islam mensyariatkan bersuci kerana terdapat hikmat yang banyak, antaranya:
1. Bersuci adalah satu tuntutan fitrah. Firah manusia cenderung kepada kebersihan dan secara semulajadi dia tidak suka dan menjauhkan diri daripada kejijikan dan kekotoran. Oleh kerana Islam agama fitrah, maka secara semulajadi ia memerintah (manusia) supaya bersuci dan menjaga kebersihan.
2. Menjaga kemuliaan dan izzah (kehebatan dan kemegahan). Manusia secara semulajadi cenderung kepada seseorang yang bersih, suka berhimpun dan duduk bersamanya. Pada waktu yang sama, mereka bencikan kepada seorang yang pengotor, menghina dan menjauhkan diri serta tidak suka duduk bersamanya.
Oleh kerana Islam adalah agama yang sangat mengambil berat dalam menjaga kemuliaan seseorang yang beriman (mu’min) dan kehebatannya, maka Islam memerintah supaya seseorang mu’min itu menjaga kebersihan agar menjadi orang yang mulia dan disegani di kalangan saudar-saudaranya.
3. Menjaga kesihatan. Kebersihan adalah antara faktor yang amat penting untuk menjaga manusia daripada penyakit. Ini kerana kebanyakkan penyakit yang merebak/menular dikalangan manusia adalah disebabkan kekotoran.
Oleh itu membershkan badan, membasuh muka, dua tangan, hidung, dan dua kaki (anggota-anggota yang sentiasa terdedah kepada kekotorab) beberapa kali setiap hari, menjadikan badan sentiasa terpelihara daripada penyakit.
4. Berdiri di hadapan Allah dalam keadaan suci dan bersih. Ini kerana dalam sembahyang, manusia bercakap dengan Tuhannya dan bermunajat kepadaNya. Oleh itu selayak mana sepatutnya dia berada dalam keadaan suci zahir dan batin, bersih hati dan juga badannya kerana Allah Ta’ala kasih kepada orang yang suka bertaubat dan sentiasa bersih.
AIR YANG BOLEH DIBUAT BERSUCI
Air yang boleh dibuat bersuci ialah air hujan, air laut, air perigi, air sungai, air mata air, air salji dan air embun.
Semua air ini tergolong dalam dua kategori : iaitu Air yang turun dari langit dan air yang terbit atau terpancar dari bumi. Firman Allah Ta’ala:
Dan Kami turunkan dari langit air yang suci. (al-Furqaan:48)
Firman allah Ta’ala yang bermaksud:
Dan Dia (Allah) menurunkan ke atas kamu dari langit, air (hujan) supaya kamu bersuci dengannya.
(al-Anfaal:11)
Abu Daud, At-Tarmidzi, An-Nasa’ei, Ibnu majah dan Imam Ahmad bin Hanbal (At-Tirmidzi berkata: Hadis Hasan sahih) meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullsh S.A.W katanya: Wahai Rasulullah, kami telah belayar di lautan, dan kami membawa bersama-sama kami air yang sedikit, sekiranya kami berwudhuk dengannya, kami akan dahaga,apakah boleh kami berwudhuk dengan air laut? Rasulullah s.a.w menjawab: Airnya suci dan halal bangkai di dalamnya.
Maksud halal bangkai di dalamnya ialah semua yang mati di dalamnya seperti ikan dan seumpamanya boleh dimakan tanpa disembelih.
BAHAGIAN-BAHAGIAN AIR
Air terbahagi kepada empat bahagian:
1. Suci lagi menyucikan
2. Suci lagi menyucikan tetapi makruh.
3. Suci tetapi tidak menyucikan
4. Bernajis
1. Air yang Suci lagi Menyucikan
Air yang suci lagi menyucikan ialah air mutlak yang kekal dengan sifat kejadiannya yang telah dijadikan Allah Taala. Air tersebut masih dikatakan air mutlak, walaupun ia sudah berubah dengan sebab lama di tinggal, atau disebabkan tanah, atau tuhlub (sejenis benda hijau yang terapung di atas air disebabkan lama tinggal didalamnya-kiambang),atau bekas atau tempat mengalir seperti ia berada dalam tanah yang mempunyai belerang atau ia mengalir di atas tanah tersebut, semuanya ini tetap dikatakan air mutlak. Ini kerana air tersebut sukar untuk dielakkan daripada perkara-perkara tersebut.
Dalil yang menunjukkan kesucian air mutlak ialah hadits riwayat Al-Bukhari (217) dan lainnya daripada Abi Hurairah r.a. katanya:
قَام أَعْرَبِيُّ قَبَالَ فِى الْمَسْجِدِ فَقَامَ إِلَيْهِ النَّاسُ لِيَقَعُوا بِهِ. فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم: دَعُوهُ وَهَرِيْقُوا عَلَى بَوْلِهِ سَجْلاٌ مِنْ مَاءٍ – أَوْ ذَنُوبًا مِنْ مَاءٍ – فَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ وَلَمْ تُبْعَثوا مُعَسِّرِينَ
Seorang Badwi telah berdiri lalu kencing dalam masjid. Kemudian para sahabat pergi untuk menghalangnya, lalu Rasulullah S.A.W bersabda : biarkan dia dan tuangkan di atas air kencing nya sebaldi air. Sesungguhnya kamu di bangkitkan untuk mempermudahkan dan bukan menyusahkan.
Perintah Rasulullah S.A.W supaya menuangkan air ke tempat air kencing tersebut adalah dalil yang menunjukkan bahawa air tersebut mempunyai cirri atau sifat menyucikan.
2. Air yang Suci dan Menyucikan tetapi Hukumnya Makuh
Air yang suci dan menyucikan tetapi hukumnya makruh ialah air Musyammas. Ia adalah air panas di sebabkan cahaya matahari dan dihukum makruh apabila memenuhi tiga syarat:
i) Ia berlaku di negeri yang panas
ii) Ia diletakkan didalam bekas yang di tempa daripada selain emas dan perak seperti besi, tembaga dan semua galian yang boleh di tempa (berkarat)
iii) Ia digunakan pada badan manusia walaupun badan mayat, atau pada haiwan yang boleh menyebabkannya ditimpa penyakit sopak seperti kuda.
Imam As Syafiei r.a meriwayatkan daripada Umar r.a :
“Bahawa beliau (Umar) tidak suka mandi dengan air tersebut dan ia berkata: Aku tidak suka mandi dengan air tersebut di sebabkan masalah kesihatan, kemudian Imam Syafi’e meriwayatkan bahawa air tersebut boleh menyebabkan penyakit sopak”.
Ini kerana ketajaman cahaya matahari boleh menimbulkan keadaan berlemin (benda yang seperti minyak) busuk yang terapung di atas air. Sekianya ia terkena pada badan dalam keadaan air tersebut panas, maka ia boleh memudaratkan badan dan menyebabkan penyakit sopak (sejenis penyakit kulit).
3. Air yang suci tetapi tidak menyucikan
Air yang suci tetapi tidak menyucikan terbahagi kepada dua bahagian:
Pertama : air yang sedikit yang telah digunakan untuk taharah yang wajib. Seperti mandi wajib dan wudhuk. Dalil ia suci adalah hadith yang diriwayatkan oleh Al Bukhari (191) dan Muslim (1616) daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya:
جَاءَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَعُودُنِى وَأَنَا مَرِيضٌ لَا أَعْقِلُ فَتَوَضَّأَ وَصَبَّ مِنْ وُضُوئِهِ عَلَيَّ
“Rasulullah S.A.W datang menziarahiku, untuk bertanyakan keadaanku. Ketika itu aku sakit dan tidak sedar. Lalu baginda berwudhu’ dan mencurahkan air wudhu’nya ke atas aku.
Sekiranya air wudhuk itu tidak suci, nescaya Baginda tidak akan mencurahkannya ke atas Jabir. Maka dalil yang tidak menyucikan ialah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim (283) daripada Abi Hurairah r.a bahawa Nabi S.A.W bersabda:
لاَ يَغْتَسِلْ أحَدُكُمْ فِى الْمَاءِ الدَّائِمِ – اَىْ الرَّكِدِ – وَهُوَ جُنُبٌ. فَقَالُوا: يَا أَبَا هُرَيْرَةَ كَيْفَ يَفْعِلُ؟ قَالَ : يَتَنَاوَلُهُ تَنَاوُلاً
“Janganlah seseorang kamu mandi dalam air yang bertakung iaitu air tenang yang tida bergerak, sedangkan dia berjunub. Lalu para sahabat bertanya kepada Abi Huraitah: wahai Abu Hurairah, bagaimana ia hendak dilakukan (mandi dengan air tersebut?). jawab Abu Hurairah: ia mencedoknya”.
Hukum berwudhuk adalah sama dengan hukum mandi kerana kedua-duanya mengandungi makna mengangkat hadas.
Hadis ini menunjukkan bahawa mandi dalam air tersebut menjadikan ia tidak menyucikan lagi. Sekiranya ia tidak member makna tersebut, nescaya Rasulullah S.A.W tidak melarang daripada berbuatdemikian. Hadith ini difahami untuk air yang sedikit berdasarkan dalil-dalil yang lain.
Kedua : Air mutlak yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang tidak berhajat kepadanya dan ia tidak boleh dipisahkan setelah bercampur. Kemudian ia berubah dengan sesuatu perubahan yang tidak lagi dipanggil dengan air mutlak, seperti air the dan air ‘arqasus.
Tetapi jika benda suci yang bercampur dengan air tersebut menyerupai air pada sifat-sifatnya (rasa, bau, dan warna) seperti air bunga mawar yang sudah hilang sifat-sifatnya, maka ketika itu, air bunga mawar itu hendaklah diganti dengan bahan lain yang mempunyai sifat berlainan yang sederhana iaitu digunakan perahan delimauntuk menentukan perubahan warna dan al lazan bagi menentukan perubahan bau. Sekiranya ditakdirkan berlaku perubahan disebabkan percampuran tersebut, maka ia menjadi air yang suci tetapi tidak menyucikan kerana ketika itu ia tidak lagi dinamakan sebagai air mutlak. Sedangkan syarak mensyaratkan supaya air yang dibuat bersuci adalah air mutlak.
4. Air Mutanajjis
Air Mutanajjis ialah air yang terjatuh najis ke dalamnya. Ia terbahagi kepada dua bahagian:
Pertama : Air yang sedikit iaitu kurang dua kolah.
Air ini menjadi najis dengan hanya terjatuh najis kedalamnya walaupun sedikit dan tidak berubah sifat-sifatnya dari segi warna, bau dan rasa.
Ukurannya, dua kolah : 500 kati Baghdadi air dan ia menyamai 192.827 kg. ia juga menyamai 1 ¼ hasta persegi tinggi, lebar dan dalam.
Abu Daud, At-Tirmidzi, An Nasaei, Ibnu Majah dan Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w ditanya tentang air yang terdapat di padang pasir yang luas dan didatangi oleh binatang dan haiwan melata. Baginda s.a.w menjawab:
إذَا كَانَ المَاءُ قُلَّتَينِ لَمْ يَحْمَلِ الْخَبَثَ
Jika air itu sebanyak dua kolah, ia tidak menanggung kotoran
فَإِنَّهُ لاَ يَنْجُسُ
Maka air itu tidak menjadi najis
Di fahami daripada hadith ini, sekiranya air kurang dari dua kolah, maka ia menjadi najis sekalipun tidak berubah sifat-sifatnya. Kefahaman ini dikuatkan oleh hadith yang diriwayatkan oleh Muslim (278) daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:
“Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya, maka janganlah dia menyelam (menyelup) tangannya dalam sesuatu bekas, sehinggalah dia membasuh tangannya dahulu sebanyak tiga kali, sesungguhnya dia tidak mengetahui di manakah tangannya bermalam (diletakkan)”
Dalam hadith tersebut, Rasulullah s.a.w melarang orang yang bangun dari tidurnya mencelupkan tangan nya kedalam bekas air kerana dibimbangi tangannya dicemari najis yang tidak kelihatan. Sudah sedia maklum bahawa najis yang tidak kelihatan tidak akan mengubah (keadaan) air itu. Oleh itu sekiranya tindakan tersebut tidak menajiskan air disebabkan menyentuhnya, nescaya Rasululah s.a.w tidak melarang daripada berbuat demikian.
Kedua: Air yang banyak iaitu air yang sampai dua kolah atau lebih. Air ini tidak menjadi najis dengan hanya semata-mata terjatuh atau tesentuh najis tetapi ia menjadi najis apabila berubah salah satu sifatnya iaitu warna, rasa atau bau.
Dalilnya ialah ijma’ para ulama’.
Imam Nawawi r.a menyebut dalam kitabnya Al Majmuk (1/160):
Ibnu Munzir berkata: Ulama’ telah bersepakat bahawa air yang sedikit atau banyak, apabila jatuh ke dalamnya najis dan berunah rasa atau warna atau bau, maka air menjadi najis.
AIR YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK BERSUCI
Bukan kesemua jenis air ini boleh dibuat bersuci iaitu mengangkat hadas (kecil atau besar) dan menghilangkan najis. Air yang boleh dibuat bersuci hanyalah dari jenis yang pertama (air mutlak) dan kedua (air musyammas) sahaja. Tetapi air yang kedua ini makruh digunakan pada badan.
Manakala air yang jenis ketiga, ia tidak boleh digunakan untik bersuci sekalipun ia sendiri adalah suci. Ia hanya boleh digunakan untuk tujuan selain bersuci seperi minum, memasak dan lain-lain.
Air yang jenis keempat pula adalah air yang najis. Ia tidak boleh digunakan untuk apa-apa kegunaan pun.
BERSAMBUNG...
Subscribe to:
Posts (Atom)