Dalam sebuah hadith riwayat Muslim bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: "Demi Allah sesungguhnya aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya lebih dari tujuh puluh kali sehari".
Selain mendapat keampunan Allah, terdapat tiga (3) kelebihan utama lain yang dikurniakan Allah untuk hambaNya di dalam kehidupan di dunia ini:
- mendapat jalan keluar bagi setiap kesusahan
- mendapat cara untuk mengatasi setiap kesempitan
- mendapat rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.
Marilah kita menghafaz hadith di atas, mengamalkan istighfar setiap hari sebanyak yang mungkin di dalam kehidupan kita serta menghebahkannya dikalangan anak-anak kita, ahli keluarga kita, sahabat-sahabat kita dan seterusnya kepada seluruh ummat Islam di dunia agar semuanya mendapat rahmat dan keampunan Allah SWT serta ganjaran yang dinyatakan di dalam hadith tersebut. Aamiin ya Rabbal 'Alamin.
Nota:
- Pengambilan pelajar tahfiz integrasi dan tahfiz sepenuh masa dibuka. Sila hubungi 014-973 1064 untuk maklumat lanjut.
- Pencarian pelajar cemerlang (akademik, alQuran, akhlaq) sedang dilangsungkan untuk pelajar berumur 9-10 tahun. Pelajar yang terpilih akan diberikan bantuan kewangan melalui pengurangan bayaran yuran bulanan. Hubungi 014-973 1064 untuk kemasukan.