Di dalam al-Qur'an Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa.” (Surah Ali Imran ayat 133)
Buang sikap untuk menangguh-nangguhkan pekerjaan. Jika ia perlu dihabiskan diwaktu pagi, maka selesaikan diwaktu pagi. Jika perlu diselesaikan diwaktu petang, maka selesaikan diwaktu petang. Jika perlu disiapkan esok, sebaik-baiknya siapkan lebih awal, jika boleh hari ini. Dan begitulah seterusnya. Pekerjaan / tugasan yang disempurnakan 'ahead of time' adalah lebih baik kerana ia memberi keselesaan kepada sipembuat. Ia menyebabkan fikiran menjadi lebih tenang, pekerjaan tidak terburu-buru, dan hasil kerjanya sudah tentulah lebih elok dan sempurna lagi.
