Daripada 'Adiyy bin Hatim r.a.,katanya: "Saya telah mendengar Nabi SAW bersabda:"Peliharalah diri kamu semua daripada api neraka walaupun dengan sebahagian tamar".( Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Keterangan
Disaat manusia berlumba-lumba untuk melakukan amal soleh dan sedekah, ramai juga yang malu-malu untuk menderma 10 sen, mengalihkan duri atau halangan di jalanan, membasuh pinggan mangkuk atau pakaian membantu ibubapa di rumah, membersihkan kelas membantu guru-guru di sekolah dan kerja-kerja kecil lain yang seumpamanya. Di dalam Hadith tersebut di atas, amalan sedekah yang kecil dan sedikit mempunyai nilai yang tinggi di sisi Allah. Walau sekecil manapun amalan atau sedekah kita, jika ianya diiringi dengan niat ikhlas mencari keredhaan Allah, pasti ganjarannya syurga. Marilah kita meningkatkan amalan kebaikan dan sedekah kita, dilipatgandakan kuantitinya, dipelihara keikhlasan nya semata-mata kerana Allah, pasti dibalas dengan syurga Dan dijauhkan daripada api neraka. Wallahuaklam.