Sunday, March 6, 2011

PETUA SAKIT GIGI DAN RAWATAN MENURUT AL-QURAN

Anda pernah sakit gigi? Bagaimana rasanya? Kepada yang tidak pernah mengalami masalah tersebut kemungkinan mereka tidak akan menghargai nikmat kesihatan (gigi). Berbagai petua boleh diamalkan untuk merawat gigi yang sakit melalui nasihat dan petua orang-orang tua seperti:

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
  
3) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika  gigi  berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.
4) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

5) Campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri, dan 1001 lagi petua.

Namun begitu ruangan ini mengajak sidang pembaca dan pencinta Al-Quran sekelian agar memanfaatkan ayat-ayat suci Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT sebagai syifa' dalam rawatan pelbagai penyakit. Tulisan kali ini adalah khusus untuk menghilangkan dan meredakan kesakitan yang dialami disebabkan gigi berlubang. Setelah hilang kesakitan, sebaik-baiknya jumpalah doktor gigi untuk rawatan selanjutnya. Cara rawatannya begini:

Ayat pertama Surah Maryam, Kaf...Ha...Ya...Ain...Sod...Tuliskan ayat itu di atas satu   kertas atau di mana-mana dengan tertib menggunakan hujung kunci. Titik pada huruf 'Ya..'dituliskan terakhir setelah menulis semua huruf tadi (Kaf...Ha...Ya...Ain...Sod...). Semasa membuat titik kedua 'Ya..' maka teruskan menekan titik kedua itu dan niatkan nama pesakit dan hajat agar sembuh. Tekan hingga sakit itu berhenti atau berkurangan. Sebenarnya setiap huruf tunggal (hijayyah) ada rahsia dan fungsi tersendiri sehingga pada tahap mengubat sekalipun apatah lagi jika bergabung huruf- huruf itu. Itulah mukjizat Al-Quran. Insyaallah kini anda mampu tersenyum  setelah sakit gigi hilang

      


Mudah-mudahan kita dapat mempelajari Al-Quran, bukan sekadar untuk tujuan pengubatan tetapi yang lebih penting dan besar ialah untuk mengamal, menegakkan hukum-hukumNya dan menyebarluaskan ajaran-ajaranNya sesuai dengan fungsi Kitabullah, petunjuk sepanjang zaman.