Friday, January 31, 2014

CINTA MANUSIA ADA BATASANNYA, CINTA KEPADA ALLAH PALING TINGGI DAN SUCI

Cinta, kasih dan sayang adalah sifat hati yang dianugerahkan oleh Allah SWTkepada hambaNya. Ia merupakan suatu rahmat yang mendamaikan jiwa. Rasulullah SAW mengajarkan kepada umatnya dalam menangani perasaan cinta, kasih dan sayang ini perkara berikut: Cintailah, kasihilah kekasih sekadarnya sahaja kerana suatu masa nanti mungkin ia akan menjadi orang yang engkau benci, bencilah seseorang itu sekadarnya sahaja kerana mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi orang yang engkau kasihi."(Riwayat at-Tirmizi)
Kenapakah demikian? Ini tidak lain tidak bukan agar apa jua yang bakal berlaku di masa hadapan, masih ada ruang untuk menyuburkan silaturahmi. Ia mmenyarankan sikap bersederhana dalam setiap keadaan.
Hadith di atas secara tidak langsung memberitahu bahawa ada cinta lain yang lebih tulus, suci dan murni iaitu Cinta kepada Ilahi. Cinta kepada Al-Khaliq merupakan cinta darjat tertinggi. Cinta yang membuahkan kedamaian dan ketenteraman jiwa yang abadi.