Monday, January 27, 2014

BAGAIMANA CARA UNTUK BERSYUKUR KEPADA ALLAH

"Rasulullah SAW mengkagumi seorang mukmin yang bila ia memperolehi kebaikan, ia memuji Allah SWT dan bersyukur. Bila ia ditimpa musibah, ia memuji Allah SWT dan ia bersabar".(Riwayat Ahmad)
Melalui hadith di atas dapatlah difahami bahawa orang mukmin sentiasa memuji Allah bukan sahaja dalam keadaan senang, tetapi juga dalam keadaan di uji oleh Allah SWT. Perkataan "Alhamdulillahi rabbil 'alamin" sentiasa terpancar dari bibirnya dalam keadaan senang dan susah.
Hati orang mukmin pula mengakui sepenuhnya bahawa nikmat yang diperolehinya adalah anugerah Allah SWT. Anggota tubuh badannya pula digunakan untuk melakukan ibadah sebagai tanda cinta dan terima kasihnya kepada Allah SWT.
Sebagai hamba Allah, marilah kita bersama-sama bersyukur melalui hati, mahupun dengan ucapan "Alhamdulillahi rabil 'alamin" dan pelbagai zikir lain atau pun secara amal soleh,serta berdoa agar Allah tidak menarik kembali nikmat yang telah diberikanNya kepada kita. Wallahuaklam.