Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : " Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya sehingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berfirman : "Melainkan puasa, kerana ia untukKu.dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meningggalkan syahwat dan makanannya keranaKu". Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhanya dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau misk". (Riwayat Bukhari dan Muslim)