Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd r.a. maksudnya: "Bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka".
No. 15-1 JALAN MATAHARI Z U5/Z, SUBANG 2,40170 SHAH ALAM. Email: tahfizprofesional@gmail.com Call/Whatsapp:018-7604505
Sunday, June 29, 2014
MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA
Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd r.a. maksudnya: "Bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka".
KEISTIMEWAAN PUASA RAMADHAN SIRI 2
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : " Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya sehingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berfirman : "Melainkan puasa, kerana ia untukKu.dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meningggalkan syahwat dan makanannya keranaKu". Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhanya dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau misk". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Saturday, June 28, 2014
KEISTIMEWAAN PUASA RAMADHAN SIRI 1
Thursday, June 26, 2014
CIRI-CIRI PUASA YANG MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh KEIMANAN dan PENGHARAPAN, maka diampunkan segala dosanya yang terdahulu" (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Sunday, June 22, 2014
'PUASA' REVISITED
Assalamu'alaikum wbkth,
Tajuk kali ni agak berlainan sedikit. Ia membawa maksud..melihat semula, mengulangkaji sedikit sebanyak tentang bab puasa untuk menghadapi bulan yang penuh keberkatan ini.
Dalil wajib puasa dalam bulan Ramadhan adalah bersasarkan Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud"..Maka sesiapa dari kamu telah menyaksikan anak bulan Ramadhan(atau mengetahuinya), hendaklah ia berpuasa di bulan itu..".
Ibnu Umar berkata, " Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, " Jika kalian telah melihatnya (hilal/anak bulan) maka berpuasalah, dan jika kalian telah melihatnya (hilal/anak bulan), maka berbukalah (berhari rayalah), jika kalian terhalangi oleh awan maka perkirakanlah (genapkanlah tiga puluh hari)" (Muttafaqun Alaih)
Perkara yang wajar dititik beratkan oleh orang-orang yang berpuasa adalah:memelihara anggota tubuh badan seperti lidah dari mengumpat, kaki dan tangan dari berjalan dan melakukan maksiat, dan memelihara mata dan telinga dari melihat perkara yang haram. Malah untuk mendapatkan darjah puasa yang tertinggi, perkara berikut juga seperti berlebihan tidur, membazir, berlebihan makan ketika bersahur dan berbuka harus dielakkan.
Manakala amalan-amalan yang patut diperbanyakkan adalah seperti solat sunat(termasuk tarawikh), bersedekah(termasuk memberi makanan kepada orang yang berbukapuasa), membaca al-Quran (memahami isi kandungan, mengamalkan ajaran dan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya), qiammullail dan iktiqaf di masjid terutama pada 10 malam terakhir Ramadhan.
Mudah-mudahan apa yang Allah SWT gariskan dalam Surah al-Baqarah ayat 183 bermaksud " Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu BERTAQWA" dapat kita capai setelah habisnya Ramadhan nanti insyaallah, amin Ya Rabbal'alamin.

Subscribe to:
Posts (Atom)