Wednesday, June 12, 2013

JENIS-JENIS PERKATAAN

1.       Perkataan yang bijak
Sekiranya berbicara setiap kata-katanya jelas dan bernilai. Setiap perbualan sarat dengan ilmu,hikmah dan zikir, sehingga setiap orang yang  mendengar berasakan manfaat daripada kata-katanya. Apabila membicarakan sesuatu, dia selalu memberikan sesuatu yang berfaedah kepada orang  yang  mendengarnya. Kata-kata orang bijak ini selalu dinanti-nantikan. Namun, biasanya orang yang bijak tidak terlalu melepaskan kata-katanya.Bahkan, dirinya lebih senang  mendengar  orang lain bercakap bagi  mengambil  hikmah daripada percakapan itu.

2.       Perkataan  Orang Biasa
Perbualan kosong tiada asasnya.Segala kejadian  yang dilihat dijadikan cerita ataupun dijadikan ulasan. Waktu yang digunakan bagi berkata-kata lebih banyak daripada nilai yang diperoleh. Selama dua jam digunakan lagi berbual kosong, tetapi kesemuanya tiada nilai walaupun sedikit. Contohnya, dia hanya sibuk bercerita mengenai bola sepak, pelanggaran kereta, gosip dan isu serta sesuatu yang tidak ada hikmahnya.Orang yang sibuk bercerita tanpa ada pengajaran, ilmu zikir adalah orang biasa. Orang yang membiarkan waktu berlalu dengan begitu  saja. Orang itu berada dalam kerugian.


3.       Perkataan orang yang martabatnya rendah.

Ia adalah perkataan yang berisi keluhan, hinaan, cacian dan makian. Orang seperti ini sebenarnya tidak pernah menerima semua yang ada di hadapanya. Dia selalu sahaja mencari-cari kekurangan benda di sekelilingnya. Apabila diberi makan bersungut, “Sayang makanan ini kurang panas. ” Apabila sudah dipanaskan, “Kurang garam pula, ”katanya. Apabila sudah diletakkan garam, merungut pula, ”Lebih sedap sekiranya ada kicap. ”Dan seterusnya tidak ada yang sesuai dengan kehendaknya.

Apabila melihat pada suasana biasa, mereka berkata, “Orang-orang Bandar, ada-ada sahaja kerjanya. ” Melihat ustaz pula, “Ah ! Kerjanya hanya cakap kosong sahaja. “Semua menjadi perkara  yang kurang senang di matanya. Ada orang hanya bercakap mengenai keburukan sahaja.Setiap perkataan yang diungkapkan hanya memperlihatkan  kehinaan dirinya.


4.       Perkataan orang yang dangkal

Siapakah dia? Ciri-cirinya terdapat pada setiap percakapannya  yang kosong itu. Dia lebih sibuk menceritakan kehebatan dirinya sendiri.  “Ini adalah jasaku, dia itu aku yang mendidiknya. ” Orang  seperti  ini mahu dirinya dihargai oleh masyarakat sehingga selalu menyebut mengenai kabaikan yang dilakukannya. Orang yang tiada harga diri memeng selalu ingin dihargai.