No. 15-1 JALAN MATAHARI Z U5/Z, SUBANG 2,40170 SHAH ALAM. Email: tahfizprofesional@gmail.com Call/Whatsapp:018-7604505
Thursday, June 13, 2013
Wednesday, June 12, 2013
JENIS-JENIS PERKATAAN
1. Perkataan yang bijak
Sekiranya berbicara setiap kata-katanya jelas dan bernilai. Setiap perbualan sarat dengan ilmu,hikmah dan zikir, sehingga setiap orang yang mendengar berasakan manfaat daripada kata-katanya. Apabila membicarakan sesuatu, dia selalu memberikan sesuatu yang berfaedah kepada orang yang mendengarnya. Kata-kata orang bijak ini selalu dinanti-nantikan. Namun, biasanya orang yang bijak tidak terlalu melepaskan kata-katanya.Bahkan, dirinya lebih senang mendengar orang lain bercakap bagi mengambil hikmah daripada percakapan itu.
2. Perkataan Orang Biasa
Perbualan kosong tiada asasnya.Segala kejadian yang dilihat dijadikan cerita ataupun dijadikan ulasan. Waktu yang digunakan bagi berkata-kata lebih banyak daripada nilai yang diperoleh. Selama dua jam digunakan lagi berbual kosong, tetapi kesemuanya tiada nilai walaupun sedikit. Contohnya, dia hanya sibuk bercerita mengenai bola sepak, pelanggaran kereta, gosip dan isu serta sesuatu yang tidak ada hikmahnya.Orang yang sibuk bercerita tanpa ada pengajaran, ilmu zikir adalah orang biasa. Orang yang membiarkan waktu berlalu dengan begitu saja. Orang itu berada dalam kerugian.
3. Perkataan orang yang martabatnya rendah.
Ia adalah perkataan yang berisi keluhan, hinaan, cacian dan makian. Orang seperti ini sebenarnya tidak pernah menerima semua yang ada di hadapanya. Dia selalu sahaja mencari-cari kekurangan benda di sekelilingnya. Apabila diberi makan bersungut, “Sayang makanan ini kurang panas. ” Apabila sudah dipanaskan, “Kurang garam pula, ”katanya. Apabila sudah diletakkan garam, merungut pula, ”Lebih sedap sekiranya ada kicap. ”Dan seterusnya tidak ada yang sesuai dengan kehendaknya.
Apabila melihat pada suasana biasa, mereka berkata, “Orang-orang Bandar, ada-ada sahaja kerjanya. ” Melihat ustaz pula, “Ah ! Kerjanya hanya cakap kosong sahaja. “Semua menjadi perkara yang kurang senang di matanya. Ada orang hanya bercakap mengenai keburukan sahaja.Setiap perkataan yang diungkapkan hanya memperlihatkan kehinaan dirinya.
4. Perkataan orang yang dangkal
Siapakah dia? Ciri-cirinya terdapat pada setiap percakapannya yang kosong itu. Dia lebih sibuk menceritakan kehebatan dirinya sendiri. “Ini adalah jasaku, dia itu aku yang mendidiknya. ” Orang seperti ini mahu dirinya dihargai oleh masyarakat sehingga selalu menyebut mengenai kabaikan yang dilakukannya. Orang yang tiada harga diri memeng selalu ingin dihargai.
5 RAHSIA UTAMA PUASA
DR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya ‘al-Ibadah Fil Islam’ mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.
1. Menguatkan jiwa.
Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu.
Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.
Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya. Bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi.
Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Perkara ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia kepada kesesatan.
Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud: “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)
Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah.
Rasulullah bersabda, ertinya : “Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
2. Mendidik keinginan ke arah kebaikan.
Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.
Rasulullah menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran.
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Puasa itu sebagai benteng” (daripada serangan keburukan).
Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri, meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.
Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.
3. Menyihatkan badan.
Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.
4. Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur.
Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua. Dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.
Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.
Di sini, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.
Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”(Surah Ibrahim, ayat 7).
5. Mengingati dan merasakan penderitaan orang lain.
Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir.
Dari sini puasa akan melahir dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.

Subscribe to:
Posts (Atom)