Untuk mencapai puasa yang sempurna kita hendaklah memiliki ilmu tentang bagaimana melaksanakan puasa yang sebenarnya sebagaimana yang dituntut oleh Syara’. Di ruangan ini hanya disentuh secara ringkas ilmu-ilmu tentang puasa yang merangkumi, namun tidak terhad kepada perkara-perkara berikut:
- Dalil wajib puasa melalui ayat-ayat Al-Qur'an dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W.
- Pengertian puasa dari segi bahasa dan syara'
- Rukun puasa
- Syarat wajib puasa
- Perkara-perkara yang membatalkan puasa
- Perkara-perkara yang sunat dilakukan ketika berpuasa
- Perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa
- Dan segala yang berkaitan dengan ibadah puasa
Imam al-Ghazali membahagikan darjat puasa seseorang muslim kepada tiga bahagian;
1. Puasa orang awam : iaitu berpuasa dengan menahan perut dan kemaluan dari menikmati keinginannya (makan, minum dan sebagainya).
2. Puasa khusus : iaitu selain dari menahan perut dan kemaluan dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, seseorang muslim yang berpuasa itu juga menjaga pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota dari melakukan perbuatan yang haram dan dosa.
3. Puasa khususul khusus (paling khusus) : iaitu berpuasa sepertimana golongan yang kedua tadi bahkan menambah lagi dengan menahan hati dari segala fikiran yang kotor dan keduniaan yang memesongkan perhatian dirinya dari mengingati Allah SWT.
Jadi puasa yang sebenar bukanlah hanya puasa zahir sahaja (iaitu dengan menahan diri dari makan, minum, bersetubuh dan sebagainya) tetapi juga berpuasa batin iaitu dengan menahan diri dan hati dari maksiat dan dosa. Jika tidak ia tidak akan mencapai kesempurnaan puasa sebagaimana yang dikehendaki Allah. Malah bersangka buruk dengan manusia, apatah lagi dengan Allah SWT adalah dilarang.
Marilah kita bersama-sama mendalami ilmu-ilmu tentang puasa ini dengan menghadiri kuliah, ceramah dan tazkirah Ramadhan mulai detik sekarang ini, di sepanjang bulan Ramadhan sehinggalah tamat bulan Ramadhan al-Mubarak. Kita juga boleh merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar sebagai panduan untuk mengharungi ibadah puasa, mudah-mudahan puasa kita diterima Allah. Semoga Allah SWT memberikan keredhaanNya kepada kita semua di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal 'alamin.