Wednesday, April 27, 2011

PELBAGAI PEMBAZIRAN

Ibnul Qayyim Al-Jauzi ada mengatakan bahawa terdapat sembilan jenis pembaziran yang dilakukan oleh manusia antaranya:
  1. Pembaziran ILMU pengetahuan iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.
  2. Pembaziran AMALAN jika tidak dilakukan dengan niat hati yang ikhlas semata-mata mencari keredhaan Allah SWT.
  3. Pembaziran KEKAYAAN jika tidak membelanjakannya untuk perkara kebaikan, tidak bersedekah serta tidak menunaikan kewajipan. Lebih buruk lagi jika harta kekayaan tersebut digunakan untuk perkara-perkara yang tidak diredhai Allah seperti perjudian dan ke atas perkara-perkara yang tidak memberikan manfaat seperti merokok dan sebagainya.
  4. Pembaziran HATI jika ianya kosong dari menngasihi Allah.
  5. Pembaziran TUBUH BADAN jika tidak digunakan untuk beribadat kapada Allah SWT atau disalahgunakan bagi tujuan maksiat.
  6. Pembaziran CINTA jika cinta tersebut, samada terhadap seseorang atau cinta ke atas sesuatu perkara, melebihi cinta teerhadap Allah SWT.
  7. Pembaziran MASA jika tidak diuruskan dan digunakan dengan sebaik-baiknya.
  8. Pembaziran AKAL FIKIRAN jika hanya memikirkan dunia semata-mata, tidak memikirkan untuk kebaikan diri, agama, mahupun ummah. Sebaliknya akal fikiran seharusnya digunakan untuk menghubungkan aktiviti dunia yang boleh membawa kepada kebaikan akhirat.
  9. Pembaziran ZIKIR jika tidak menyebutnya dengan betul, hilang tumpuan, sambil lewa dan seumpamanya.
Justeru itu, sebagai umat yang terbaik, umat Islam amnya dan warga I.T.A.P khasnya, marilah kita bersama-sama meninggalkan sifat suka membazir ini kerana ianya adalah sifat-sifat yang buruk dan keji seperti mana firman Allah SWT dalam Surah al-Isra' ayat 27 yang bermaksud "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya (Allah SWT) "