Begitu juga terdapat pelbagai hadith yang menerangkan konsep ujian dari Allah seperti berikut:
KENAPA SAYA DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA SAYA TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN?
Firman Allah SWT yang bermaksud "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Firman Allah SWT lagi mahfumnya "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
-Surah Al-Baqarah ayat 286
PATUTKAH SAYA RASA SEDIH DAN KECEWA?
Perasaan kecewa adalah perkara biasa namun insan yang lemah dan kerdil ini perlulah mengetahui nasihat Allah SWT melalui ayat Al-Quran yang bermaksud "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman".
- Surah Al-Imran ayat 139Terdapat pelabagai kaedah rawatan hati namun secara pokoknya Allah SWT mahukan hambanya:
1. "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan)".
- Surah Al-Imran ayat 200
2. "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".
- Surah Al-Baqarah ayat 45
3. Berzikir
Berapa bayaran kegagalan untuk enjin kereta berfungsi. Paling berat 'overhaul'. Berapakah bayaran membina semula Highland Towers? Mungkin jutaan ringgit. Berapakah harga kelaparan rakyat Palestin yang dibunuh dan disisih oleh Israel setiap hari? Berapakah pula bayaran dari Allah untuk seorang insan yang sabar dan taat akan perintah-perintahNya? Maka sudah tentulah teramat tinggi nilainya, tidak dapat dibandingkan dengan keselesaan sebuah kenderaan, sebuah rumah dan sesuap makanan. Allah menjelaskan di dalam KitabNya yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...."
-Surah At-Taubah ayat 111
PENYERAHAN DIRI KEPADA ALLAH
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal.
-Surah At-Taubah ayat 129
Ingatlah Firman Allah yang bermaksud:
"......dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir".
- Surah Yusuf ayat 12