No. 15-1 JALAN MATAHARI Z U5/Z, SUBANG 2,40170 SHAH ALAM. Email: tahfizprofesional@gmail.com Call/Whatsapp:018-7604505
Friday, October 28, 2011
DOA DARI AL-QUR'AN - Surah al-Naml ayat 19
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang salih".
Saturday, October 22, 2011
FASILITATOR DAN GURU TAHFIZ / AKADEMIK DIKEHENDAKI
SALAM,
JAWATAN KOSONG
TAWARAN INI ADALAH TERBUKA KEPADA PARA HAFIZ DAN HAFIZAH YANG BERMINAT UNTUK MENJADI FASILITATOR SUATU PROGRAM TAHFIZ AL-QUR'AN MUSIM CUTI SEKOLAH 2011. JAWATAN KOSONG INI ADALAH UNTUK TEMPOH MASA EMPAT (4) MINGGU DARI 20 NOVEMBER 2011 SEHINGGA 16 DISEMBER 2011. LULUSAN UNIVERSITI TEMPATAN, TIMUR TENGAH, PONDOK ATAU MADARASAH TAHFIZ ADALAH SUKACITA DIPERTIMBANGKAN. CALON-CALON YANG BERJAYA AKAN DIPERTIMBANGKAN UNTUK DITAWARKAN JAWATAN TETAP SEBAGAI GURU SEPENUH MASA DI INSTITUT TAHFIZ AL-QUR'AN PROFESIONAL. PARA HAFIZ DAN HAFIZAH YANG MEMPUNYAI KELEBIHAN DI BIDANG AKADEMIK MEMPUNYAI KELEBIHAN(ADVANTAGE) UNTUK DISERAPKAN. NAMUN DEMIKIAN, PARA GRADUAN YANG TIDAK MEMPUNYAI KELULUSAN DI BIDANG TAHFIZ AL-QURAN TETAPI 'EXCELLENT' IN CORE PMR/SPM ACADEMIC SUBJECTS( BM, BI, MATHS AND SCIENCE) ADALAH DIGALAKKAN MEMOHON.
HANTARKAN PERMOHONAN ANDA KE ALAMAT SEPERTI BERIKUT:
- INSTITUT TAHFIZ AL-QUR'AN PROFESIONAL, NO 15-1 JALAN MATAHARI Z U5/Z, SUBANG 2, 40170 SHAH ALAM, atau ke alamat
- email seperti berikut: tahfizprofesional@gmail.com
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
- SURAT PERMOHONAN
- RESUME BESERTA GAMBAR BERUKURAN PASPOT
- SALINAN KEPUTUSAN PMR, SPM, DIPLOMA, IJAZAH JIKA ADA.
- GAJI SEKARANG DAN GAJI YANG DIPOHON.
OLEH KERANA TEMPAT ADALAH TERHAD, PERMOHONAN HENDAKLAH SAMPAI KE ALAMAT SEPERTI DI ATAS SELEWAT-LEWATNYA PADA ATAU SEBELUM 16 NOVEMBER 2011. CALON-CALON YANG LAYAK SAHAJA AKAN DIPANGGIL UNTUK TEMUDUGA.
SEKIAN.
"KE ARAH MEMBINA GENERASI AL-QUR'AN
YANG BERTAQWA, HAFAZ AL-QUR'AN DAN PROFESIONAL"
Monday, October 17, 2011
SETIAP SEN YANG DIBELANJAKAN UNTUK AHLI KELUARGA AKAN DIGANJARI
Daripada Abu Hurairah r. a berkata : " Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s. a. w lalu bertanya : Ya Rasulullah! Sedekah manakah yang lebih besar pahalanya? Nabi menjawab : Sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada masa itu masih sihat dan engkau bakhil (merasa sayang untuk mendermakan harta), engkau takut menjadi fakir dan engkau berangan-angan untuk menjadi lebih kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila ruh sampai di kerongkong, lalu ketika itu baru engkau berkata : Untuk si polan harta ini, untuk si polan harta ini, pada hal harta engkau itu memang akan dimiliki (diwarisi) oleh orang lain. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tidak ada satu amalan dalam dunia ini yang Allah tidak kira, lebih-lebih lagi dalam amalan yang sifatnya fardhu ( wajib ). Memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak adalah fardhu ( wajib ) kepada kita semua.
Oleh itu kepada ibu bapa yang telah terbuka hati untuk menghantar anak-anak ke Program Tahfiz Al-Quran Musim Cuti Sekolah 2011 Siri ke 7 anjuran Institut Tahfiz Al-Qur'an Profesional (ITAP), tahniah! Ini satu usaha kebajikan yang besar. Setiap ringgit, setiap susah payah ibu bapa dalam membelanjakan harta untuk mendidik anak-anak pastinya akan diberi ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT. Mendaftarlah segera, hubungi 013 - 746 2924 atau melalui email di alamat 'tahfizprofesional@gmail.com' atau hantarkan alamat email anda untuk mendapatkan borang penyertaan dan maklumat lanjut.
Friday, October 14, 2011
Allah tidak membebankan sesuatu ke atas seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Bagi sesiapa yang melakukan kebajikan, dia mendapat pahala dari apa yang diusahakannya. Bagi sesiapa yang melakukan kejahatan, dia mendapat seksaan azab dari kejahatan yang dilakukannya.
Oleh itu mohonlah keampunan dan pertolongan dari Allah melalui doa tersebut di atas. Maksud terjemahannya adalah seperti berikut:
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami andai kami terlupa atau tersalahWahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau membebani orang sebelum kami
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan sesuatu yang tidak sanggup kami memikulnya..
Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami..
Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.
Amin Ya Rabbal 'alamin.
Oleh itu mohonlah keampunan dan pertolongan dari Allah melalui doa tersebut di atas. Maksud terjemahannya adalah seperti berikut:
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami andai kami terlupa atau tersalahWahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau membebani orang sebelum kami
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan sesuatu yang tidak sanggup kami memikulnya..
Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami..
Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.
Amin Ya Rabbal 'alamin.
Tuesday, October 11, 2011
KEINDAHAN BERTAUBAT
Bertaubat adalah suruhan Allah yang wajib dilaksanakan segera tanpa berlengah. Ia adalah amalan rutin Rasulullah SAW.
Dua bahaya besar yang menanti orang yang melengah-lengahkan taubatnya, atas alasan apa sekalipun adalah:
- Hatinya penuh dengan kegelapan akibat perbuatan maksiat atau keingkaran dilakukan tanpa henti kepada Allah sehingga menjadi sangat susah untuk mengikis dan menghapuskannya.
- Maut atau sakit yang datang sebelum sempat ia membersihkan kekotoran di hatinya.
Oleh itu, apabila menyedari telah melakukan dosa, maka segeralah minta ampun daripada Allah SWT dengan bertaubat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap Bani Adam itu bersalah dan berdosa, dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah mereka yang bertaubat.”
Wednesday, September 21, 2011
PENILAIAN YANG ADIL, BETUL DAN SEIMBANG

Al-Quran menjelaskan bahawa setiap insan muslim akan ditimbang amalan baik dan buruknya di akhirat kelak. Maka sesiapa yang amalan baiknya melebihi amalan buruknya, maka dia berjaya. Begitulah sebaliknya, insan yang amalan buruknya melebihi amalan baiknya, maka gagal lah dia. Firman Allah SWT dalam Surah al-Qariah ayat 6-11 yang bermaksud:

Setiap diri hendaklah merenung dan menilai dirinya sendiri. Maka sudah tentu dia akan insaf bahawa dia juga banyak kesalahan dan dosa. Jika tidak dosa zahir, dosa batin. Terkadang-kadang, malah selalunya dosa batin itu melebihi dosa zahir seperti hasad dengki, buruk sangka, takabur, riya’, mengumpat, memfitnah, menuduh, menjadi ‘batu-api’ dan lain-lain lagi.
Masing-masing kita mempunyai rahsia keaiban yang
tersendiri. Hanya kerana rahmat Allah masih tertutup
keaiban itu. Jika tidak kerana tutupan Allah, nescaya akan
terdedah keaiban itu. Maka sewajarnya lah kita insaf, lalu
menjadilah kita insan yang lebih baik dan tawaduk dengan
memperbaiki amalan zahir dan batin insyallah. Amin ya
Rabbal ‘alamin.
Wednesday, August 17, 2011
LAILATUL QADAR
Dalam bulan Ramadhan terdapat Lailatul-Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah al-Qadr;
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ، وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ، لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، تَنَزَّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ، سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”. (al-Qadr: 1-5)
Dalam surah ini kita melihat kelebihan malam al-Qadar iaitu;
- Menurut Ibnu ‘Abbas, ia merupakan malam penurunan al-Quran secara sekaligus dari Luh Mahfudz ke Baitil-‘Izzah yang terdapat di langit dunia/pertama. Setelah itu barulah diturunkan berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w. selama 23 tahun.
- Beramal pada malam al-Qadar adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan dalam bulan-bulan yang lain (kira-kira 83 tahun 4 bulan).
- Pada malam itu juga, Jibril dan para malaikat turun ke langit dunia atau ke bumi dengan membawa kebaikan dan keberkatan yang ditetapkan Allah. Menurut Imam Ibnu Kathir; “Banyaknya malaikat yang turun pada malam al-Qadar adalah kerana banyaknya keberkatan malam tersebut. Para malaikat turun bersama turunnya berkat dan rahmat sebagaimana mereka turun tatkala mendengar bacaan al-Quran, mereka melingkungi halaqah-halaqah zikir dan mereka membentangkan sayap-sayap mereka kepada orang yang keluar mencari ilmu untuk membesarkannya”.
- Pada malam tersebut Allah mentakdirkan perkara-perkara yang baik, selamat dan sejahtera hingga terbit fajar. Ada ulama’ berpendapat; pada malam al-Qadar itu para malaikat yang turun akan mengucap salam kepada sekelian orang beriman yang mereka temui sama ada lelaki atau perempuan.
Bilakah akan munculnya malam al-Qadar? Jawapan bagi persoalan ini dijelaskan melalui sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
تحرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَاْنَ
“Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.)
Janganlah kita mensia-siakan peluang untuk merebut kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah menegaskan;
لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي هَذَا الشَّهْرِ مِنَ الْخَيْرَاْتِ لَتَمَنَّوْا أَنْ يَكُوْنَ رَمَضَاْنُ اَلسَّنَةَ كُلَّهَا
“Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada di bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan”. (Riwayat Ibnu Abi Dunya)
Semoga kita semua tergolong di kalangan orang-orang yang beruntung dan mendapat bertemu dengan Lailatul Qadar. Amin Ya Rahman Ya Rahim.
SAMBUTAN NUZUL AL-QUR'AN DI MASJID NEGERI SELANGOR
Pada 17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadhan 1432 Hijrah, pihak Institut Tahfiz Al Quran Profesional telah mengisi program nuzul Al Quran dengan membawa pelajar-pelajar dan guru-guru ke Masjid Negeri Selangor bagi mendengar ceramah oleh Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu dan solat sunat Tasbih berjamaah. Pelajar-pelajar dan guru-guru telah berkumpul di sekolah pada jam 8 pagi dan bertolak dari Institut Tahfiz Al Quran Profesional pada jam 8.05 pagi dengan menaiki van sekolah. Seramai 7 orang pelajar dan 3 orang guru yang menyertai program ini telah tiba di Masjid Negeri pada jam 8.20 pagi dan ketika itu acara belum di mulakan lagi.
Kelihatan pencinta ilmu mula memenuhi ruang kuliah sheikh hampir jam 9 pagi dan dianggarkan seramai 200 orang yang menghadiri kuliah tersebut. Sheikh Muhammad Nuruddin tiba di kuliah pada jam 9.05 pagi dan program di mulakan dengan solat sunat Tasbih. Majlis diteruskan dengan bacaan zikir-zikir taubat dan Asma el Husna secara beramai-ramai diketuai oleh Tuan Sheikh sendiri dan di akhiri dengan doa. Setelah berzikir, majlis diteruskan dengan siri pengajian dan diskusi oleh Tuan Sheikh. Setelah selesai, sesi soal jawab di buka kepada hadirin yang hadir untuk di kongsi dan dibincangkan.
Majlis tamat pada jam 11.40 pagi dan diakhiri dengan doa, selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan bersalam-salaman. Pelajar-pelajar dan guru-guru tiba di perkarangan sekolah pada jam 12.30 tengahari.
Tuesday, August 16, 2011
NUZUL AL-QUR'AN
Pengertian - Nuzul Al Quran bermaksud penurunan wahyu kalam suci yang Maha Agung Allah s.w.t. melalui Malaikat Jibrail a.s. kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Tarikh penurunan - Menurut pendapat sesetengah ahli sejarah dan ahli al-hadith, Al Quran diturunkan pada malam 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah Al Munawarah.
Proses penurunan - Penurunan Al Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah secara serentak. Kemudian Al Quran diturunkan secara berperingkat kepada Rasulullah s.a.w. mengikut ketetapan dan perintah Allah dalam jangka masa lebih kurang 23 tahun demi penyempurnaan misi dan visi Nubuwah serta manhaj Islam untuk manusia sejagat.
Firman Allah s.w.t. dalam ayat 185 surah al Baqarah yang bermaksud
:“ Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al Quran,menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjadi pembeda antara haq dan batil…….”
:“ Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al Quran,menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjadi pembeda antara haq dan batil…….”
Al Quran merupakan mukjizat agung bagi Nabi Muhammad s.a.w. - Tidak ada syak lagi sepertimana Firman Allah s.w.t. dalam ayat 1-2 surah al Baqarah yang bermaksud: “ Alif Lam Mim Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan baginya,petunjuk bagi mereka yang bertaqwa “
Kebenaran dan kesucian Al Quran jelas lagi nyata dengan FirmanNya dalam ayat 23 surah al Baqarah yang bermaksud: “ Sekiranya kamu merasa ragu tentang apa yang kami turunkan (Al Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cuba buat dan datangkan satu surah yang sebanding dengannya (surah dalam Al Quran) serta ajaklah saksi-saksi kamu (tuhan-tuhan yang kamu sembah) selain daripada Allah ( yang kamu percaya boleh menolong kamu) jika kamu orang yang benar “. Tiada satu golongan pun yang dapat menyahut cabaran Allah s.w.t sejak ia diwahtukan hinggalah ke hari ini!
Agama yang benar dan diredhaiNya - Firman Allah s.w.t dalam surah Ali Imran ayat 19 yang bermaksud: “ Sesungguhnya agama (yang diiktiraf) di sisi Allah hanyalah Ad-Dinul Islam”.
Kitab suci Al Quran perlu didampingi, dipelajari, dibaca, difahami, dihayati, dikaji, dianalisa dan diterokai akan khazanah ilmunya yang merangkumi seluruh urusan kehidupan manusia ke arah mencapai kecemerlangan dan kebahagian hidup di dunia dan di akhirat. Umat Islam menjadi mulia, kuat, dan gagah perkasa kerana mereka mendampingi Al Quran siang dan malam.
Selagi ajaran Al Quran dipegang teguh dan dipertahankan, selagi itulah Islam akan kukuh di hati penganutnya. Selagi itulah juga musuh-musuh Islam tidak akan dapat menghancurkan Islam dan umatnya. Tiada sebarang senjata yang dapat memusnahkannya, tiada pengaruh jahat yang akan dapat menyesatkannya walau di mana sahaja mereka berada.
Ayuh! Sempena sambutan Nuzul Al Quran, setiap lapisan masyarakat Islam tanpa mengira pangkat dan darjat perlu kembali kepada ajaran Al Quran yang suci ini menerusi aktiviti kelas pengajian Al Quran, program tadarus dan pengajian tafsir Al Quran. Ikutilah di mana-mana sekalipun selagi ada kelas pengajian Al Quran.
InsyaAllah, generasi Al Quran yang memiliki segala kehebatan dan kekuatan akan lahir semula untuk membawa rahmat ke seluruh alam. Amin Ya Jabbar!
Subscribe to:
Posts (Atom)