Tuesday, April 21, 2015

TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM TAHFIZ HUJUNG MINGGU


1. Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran ayat 191 yang bermaksud :"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."  
2. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan yang mengajarkannya" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesuai dengan matlamat untuk menjadikan para pelajar bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang, Institut Tahfiz Al-Qur'an Profesional akan menganjurkan kelas percuma hafazan Al-Quran untuk calon-calon UPSR/PSRA/UPKK 2015. Bimbingan kelas akademik dan agama turut disediakan. Asrama disediakan untuk pelajar lelaki dan perempuan namun ia adalah terhad berdasarkan "first come first serve". 

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran hubungi segera/Whatsapp Abu Muaz 0149731064.