Sunday, September 13, 2015

MEMAHAMI SATU BAB MATEMATIK IBARAT SENYUMAN YANG SEMPURNA


Image result for GIGI RONGAK
Anda tentu pernah mengalami sakit gigi? Bagaimana rasanya? Tak tentu hala dibuatnya. Adakah anda atau anak anda memahami keseluruhan topik matematik dan subjek yang lain yang diajarkan oleh guru? 
Kesan akibat daripada kurang faham dan kurang menguasai topik matematik menyebabkan anak-anak anda malas rasa hendak belajar. Mereka cuas untuk menyiapkan kerja sekolah matematik yang diberikan oleh guru. Markah peperiksaan yang diperolehi tidak seberapa.
Kini tidak lagi. Anda tidak perlu risau. Kami sedia membantu anda, anak-anak anda mengatasi kelemahan topik dan bab yang anda atau mereka lemah. Sekiranya anda berminat menghadiri kelas percuma Matematik, hubungi/whatsapp kami 014-973 1064.
                 



Friday, September 11, 2015

MANFAATKAN CUTI SEKOLAH

Cuti persekolahan datang lagi. Pastinya gembira hati anak-anak. Sebagai ibubapa, ada yang mulai risau ke mana dan kepada siapa hendak 'ditinggalkan' anak-anak.
Antara yang menariknya pengisian pada PTCS kali ini ialah kelas PERCUMA Matematik untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Ianya akan lebih bermanfaat lagi untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM. Ia juga pasti membantu untuk anak-anak yang lemah subjek matematik.
Seperti biasa, kelas hafazan disediakan untuk membantu para pelajar terutamanya yang akan menduduki PSRA tidak lama lagi dan berhasrat untuk menyambung pelajaran ke sekolah tahfiz integrasi terpilih. Kelas ini juga dapat membantu peserta mengulang bagi menguatkan hafazan mereka. Suasana di rumah mungkin tidak mengizinkan proses pengulangan tersebut.
Anak-anak juga akan mendapat manfaat yang banyak melalui Program Tahfiz Cuti Sekolah yang dianjurkan oleh Institut Tahfiz Al-Quran Profesional ini.