Friday, January 31, 2014

CINTA MANUSIA ADA BATASANNYA, CINTA KEPADA ALLAH PALING TINGGI DAN SUCI

Cinta, kasih dan sayang adalah sifat hati yang dianugerahkan oleh Allah SWTkepada hambaNya. Ia merupakan suatu rahmat yang mendamaikan jiwa. Rasulullah SAW mengajarkan kepada umatnya dalam menangani perasaan cinta, kasih dan sayang ini perkara berikut: Cintailah, kasihilah kekasih sekadarnya sahaja kerana suatu masa nanti mungkin ia akan menjadi orang yang engkau benci, bencilah seseorang itu sekadarnya sahaja kerana mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi orang yang engkau kasihi."(Riwayat at-Tirmizi)
Kenapakah demikian? Ini tidak lain tidak bukan agar apa jua yang bakal berlaku di masa hadapan, masih ada ruang untuk menyuburkan silaturahmi. Ia mmenyarankan sikap bersederhana dalam setiap keadaan.
Hadith di atas secara tidak langsung memberitahu bahawa ada cinta lain yang lebih tulus, suci dan murni iaitu Cinta kepada Ilahi. Cinta kepada Al-Khaliq merupakan cinta darjat tertinggi. Cinta yang membuahkan kedamaian dan ketenteraman jiwa yang abadi.

Monday, January 27, 2014

BAGAIMANA CARA UNTUK BERSYUKUR KEPADA ALLAH

"Rasulullah SAW mengkagumi seorang mukmin yang bila ia memperolehi kebaikan, ia memuji Allah SWT dan bersyukur. Bila ia ditimpa musibah, ia memuji Allah SWT dan ia bersabar".(Riwayat Ahmad)
Melalui hadith di atas dapatlah difahami bahawa orang mukmin sentiasa memuji Allah bukan sahaja dalam keadaan senang, tetapi juga dalam keadaan di uji oleh Allah SWT. Perkataan "Alhamdulillahi rabbil 'alamin" sentiasa terpancar dari bibirnya dalam keadaan senang dan susah.
Hati orang mukmin pula mengakui sepenuhnya bahawa nikmat yang diperolehinya adalah anugerah Allah SWT. Anggota tubuh badannya pula digunakan untuk melakukan ibadah sebagai tanda cinta dan terima kasihnya kepada Allah SWT.
Sebagai hamba Allah, marilah kita bersama-sama bersyukur melalui hati, mahupun dengan ucapan "Alhamdulillahi rabil 'alamin" dan pelbagai zikir lain atau pun secara amal soleh,serta berdoa agar Allah tidak menarik kembali nikmat yang telah diberikanNya kepada kita. Wallahuaklam.

Saturday, January 25, 2014

BILAKAH ALLAH SWT BERSAMA HAMBANYA


Daripada Abu Hurairah bahawa Rasululullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah berfirman: Aku bersama hamba Ku selagi mana ia mengingati Ku dan Kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir).'"         (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)