Wednesday, December 21, 2016

SAMBUTAN PTCS 2016 YANG AMAT MENGGALAKKAN

Alhamdulillah syukur Program Tahfiz Cuti Sekolah (PTCS) 2016 berjalan dengan lancar. Selain penyertaan dari pelajar di sekitar negeri Selangor, terdapat juga beberapa orang peserta dari Melaka dan Perak. Nak tau apa aktiviti menarik mereka di sepanjang program ini, tunggu di laporan yang akan datang in sya Allah.

Sunday, December 4, 2016

PERKEMBANGAN PESERTA PROGRAM TAHFIZ CUTI SEKOLAH DISEMBER 2016

Kebanyakan peserta program telah berjaya mencapai sasaran hafalan Surah al-Mulk. Sebagai perangsang, mereka telah di bawa ke kolam renang - Pusat Akuatik Darul Ehsan yang terletak di pusat Bandaraya Shah Alam.



Ingin memberikan anak-anak anda suatu activities yang bermanfaat sepanjang cuti sekolah ini? Pendaftaran untuk program Tahfiz Cuti Sekolah 2016 bagi minggu-minggu seterusnya masih dibuka. Namun demikian, tempat adalah terhad. Segera WhatsApp nama anak dan no. mykid anak ke talian 0149731064.

Thursday, November 24, 2016

PROGRAM TAHFIZ CUTI SEKOLAH 2016

Program Tahfiz Cuti Sekolah (PTCS) secara tahunan yang amat dinanti-nantikan. Penuh dengan pengisian yang sungguh menarik minat dan menyeronokkan anak-anak sepanjang cuti sekolah mulai tahun 2008. Berlangsung sepanjang bulan Nov & Dis 2016.

 Sebagai platform untuk membiasakan anak-anak dengan hafazan Al-Quran dan Al-Hadith sebelum ibubapa menempatkan anak-anak mereka sepenuh masa di pondok-pondok tahfiz/alim, maahad tahfiz, dan sekolah integrasi tahfiz seperti Institut Tahfiz Al-Quran Profesional. PTCS ini telah berjaya membantu pelajar-pelajar mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab Gemencheh Negeri Sembilan, Maahad Tahfiz Integrasi Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB) Jugra Selangor, Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ) Shah Alam Selangor dan beberapa sekolah berasrama penuh lain. Bekas pelajar PTCS ini juga berjaya menjejakkan kaki mereka ke pusat matrikulasi, pusat pengajian tinggi awam dan swasta.

Sukan memanah/berkuda, indoor games, lawatan yang menyeronokkan juga disediakan. Bonus Kelas Matematik percuma! Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sukan turut juga disediakan. Pendaftaran dan harga istimewa yang amat rendah terhad kepada 100 orang peserta yang pertama sahaja. Berapa modal yang perlu saya laburkan? Sedikit sahaja dibandingkan dengan manfaat yang bakal anda dan anak-anak perolehi. Kebaikan dunia dan juga akhirat. Anda boleh pilih dari senarai yuran di bawah mengikut kemampuan tanpa perlu poket bocor.
Whatsapp nama penuh anak dan no Mykid ke talian 0149731064 atau email ke : tahfizprofesional@gmail.com untuk mendaftar. 

Wednesday, November 2, 2016

GANJARAN BAGI IBUBAPA

Zaman sekarang, kita melihat ibubapa berlumba-lumba menghantar anak- anak mereka ke sekolah tahfiz. Apakah rahsianya? Mari kita singkapi Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Siapa saja membaca al-Qur’an, mempelajarinya dan mengamalkannya, maka dipakaikan kepada kedua orang tuanya pada hari kiamat mahkota dari cahaya dan sinarnya bagaikan sinar matahari, dan dikenakan pada kedua orang tuanya dua perhiasan yang nilainya tidak tertandingi oleh dunia. Keduanya pun bertanya, ‘bagaimana dipakaikan kepda kami semuanya itu?’ Dijawab, ‘karena anakmu telah membawa al-Qur’an”. (HR. Al-Hakim). 
Institut Tahfiz al-Quran Profesional menawarkan persekolahan integrasi Tahfiz,akademik dan agama sesi 2017. Pengambilan dan kelas bermula 21 November 2016. Tempat adalah terhad. Diskaun 50% untuk yuran tahunan untuk yang mendaftar sebelum 20 November 2016. Hubungi/whatsapp segera 0149731064

Tuesday, August 30, 2016

MENJAGA HUBUNGAN BAIK DENGAN ALLAH SWT

Kebahagiaan seseorang di dunia dan di akhirat terletak pada tahap keimanannya kepada Allah SWT. Iman sentiasa berubah-ubah, boleh bertambah dan boleh berkurang.
Iman hendaklah sentiasa dijaga melalui langkah-langkah berikut:

  • Taat dan patuh akan perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW
  • Meninggalkan segala larangan Allah SWT dan Rasulullah SAW
  • Meninggalkan perbuatan syirik
  • Sentiasa melakukan amal soleh
  • Redha dengan qadak dan qadar Allah SWT
  • Sabar dengan ujian Allah SWT.
Iklan:  Tawaran dibuka untuk pelajar yang berumur 9 tahun ke atas untuk mengikuti pengajian tahfiz, akademik dan agama di Institut Tahfiz AlQuran Profesional. Untuk keterangan lanjut hubungi/whatsapp 0149731064. Asrama pelajar lelaki dan perempuan disediakan. Tempat terhad. Hubungi sekarang!

Monday, July 11, 2016

KENAPA PERLU BERISTIGHFAR?

Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik untuk umat Islam khasnya dan untuk manusia amnya. Rasulullah SAW adalah seorang yang maksum namun demikian Baginda SAW melazimkan dirinya dengan beristighfar. 
Dalam sebuah hadith riwayat Muslim bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: "Demi Allah sesungguhnya aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya lebih dari tujuh puluh kali sehari".
Selain mendapat keampunan Allah, terdapat tiga (3)  kelebihan utama lain yang dikurniakan Allah untuk hambaNya di dalam kehidupan di dunia ini:
  1. mendapat jalan keluar bagi setiap kesusahan
  2. mendapat cara untuk mengatasi setiap kesempitan
  3. mendapat rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.
Ini dijelaskan oleh Baginda SAW melalui hadith yang bermaksud "Barangsiapa yang melazimkan istighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya dari sumber yang tidak disangka-sangka."(HR Abu Daud)
Marilah kita menghafaz hadith di atas, mengamalkan istighfar setiap hari sebanyak yang mungkin di dalam kehidupan kita serta menghebahkannya dikalangan anak-anak kita, ahli keluarga kita, sahabat-sahabat kita dan seterusnya kepada seluruh ummat Islam di dunia agar semuanya mendapat rahmat dan keampunan Allah SWT serta ganjaran yang dinyatakan di dalam hadith tersebut. Aamiin ya Rabbal 'Alamin.
Nota: 
  1. Pengambilan pelajar tahfiz integrasi dan tahfiz sepenuh masa dibuka. Sila hubungi 014-973 1064 untuk maklumat lanjut.
  2. Pencarian pelajar cemerlang (akademik, alQuran, akhlaq) sedang dilangsungkan untuk pelajar berumur 9-10 tahun. Pelajar yang terpilih akan diberikan bantuan kewangan melalui pengurangan bayaran yuran bulanan. Hubungi 014-973 1064 untuk kemasukan.