RAIH PAHALA

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ruangan ini memberi peluang kepada setiap umat Islam untuk menyertai usaha kebaikan Institut Tahfiz Al-Quran Profesional dalam melahirkan generasi umat Islam yang mempelajari al-Quran, memahami, mengamalkan ajaranNya dan menyampaikan ajaran tersebut keseluruh alam. Usaha kebajikan itu juga termasuk melahirkan para hufaz di bidang profesional sains,teknologi, IT dan sebagainya mahupun di bidang agama jurusan tahfiz,syariah, usuluddin dan sebagainya.
Antara usaha dan niat murni yang mampu Tan Sri/Pn Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan laksanakan ialah:
1) sumbangan makanan kepada pelajar tahfiz
2) sumbangan buku-buku teks dan buku-buku rujukan.
3) memberi sokongan bayaran yuran untuk pelajar-pelajar tahfiz, anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan.
4) pembelian alat bantuan belajar seperti al-Quran pen, projector, alQuran mp3    pplayer, tap versi murah untuk perisian alQuran, laptop dan lain-lain yang dapat membantu meningkatkan pencapaian dan mutu bacaan dan hafazan alQuran para pelajar.
5) tajaan untuk seminar peperiksaan dan motivasi
6) pengumpulan dana untuk pembelian van sekolah atau wakaf van sekolah
7) pengumpulan dana untuk pembelian tanah atau wakaf tanah untuk tapak bangunan baru Instutut Tahfiz AlQuran Profesional
8) pengumpulan dana untuk pembinaan bangunan baru Institut Tahfiz alQuran  Profesional atau wakaf sebarang bangunan untuk kegunaan kelas pengajian tahfiz, agama dan akademik.
9) sumbangan tenaga mengajar sukarela sebagai amal jariah ilmu yang bermanfaat.
10) pelbagai lagi sumbangan yang Tan Sri/Pn Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan fikirkan bersesuaian untuk membantu agama Allah dan institusi tahfiz ini, Institut Tahfiz Al-Quran Profesional.
Segala penyaluran sumbangan dalam bentuk kewangan boleh dibuat melalui akaun Maybank atas nama: INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN PROFESIONAL, nombor akaun: 5620 8552 3396 atau whatsapp no 014-973 1064. Penyaluran wang zakat bagi diri atau syarikat mestilah terlebih dahulu menghubungi  014-973 1064.