Tuesday, October 6, 2015

CIRI PEMIMPIN MENGIKUT SYARIAT ISLAM

 PALING HAFIZ DAN FAQIH TENTANG AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Dalam sirah, Rasulullah SAW telah melantik lelaki muda yang banyak menghafaz Al-Quran dan Surah Al-BaqarahDari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW mengutus suatu kaum dalam peperangan lalu berkata, “Apa Al-Quran yang ada bersama kalian?” Lalu Baginda SAW meminta mereka membaca Al-Quran sehingga sampai kepada seorang lelaki yang paling muda dari kalangan mereka dan bersabda, “Apa surah yang ada bersama kamu wahai fulan?” Lelaki muda itu menjawab, “Bersama saya surah sekian, sekian dan surah Al-Baqarah.” Nabi SAW bersabda, “Pergilah, kamulah sebagai ketua mereka,” Al-Hakim berkata, ini hadith sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim.

 Institut Tahfiz Al-Quran Profesional menyediakan peluang kepada pelajar lepasan UPSR untuk melanjutkan pelajaran di bidang hafazan Al-Quran, disamping menumpukan bidang akademik untuk membina kerjaya sebagai seorang ahli profesional seperti doktor, jurutera, peguam, akauntan, dan lain-lain. Silibus adalah mengikut sukatan Kementerian Pendidikan Malaysia. PT3 dan SPM diuruskan oleh pihak Institut Tahfiz Al-Quran Profesional. 
Untuk melahirkan insan yang seimbang dan selari dunia dan akhirat, Institut Tahfiz Al-Quran Profesional juga membekalkan ilmu agama berdasarkan kurikulum pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor. Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) juga disediakan. Pendekata pelajar lepasan Institut Tahfiz Al-Quran Profesional berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan luarnegara dengan pencapaian cemerlang yang diperolehi di peringkat SPM. Dan yang lebih membanggakan lagi dan menyejukkan hati ibubapa ialah anak-anak mereka mampu menghafaz al-Quran WALAUPUN sedikit seperti yang digambarkan di dalam sirah yang diceritakan di atas tadi.
Pendaftaran sesi 2016 baru sahaja bermula. Insyaallah kelas pembelajaran akan bermula bulan November 2015 ini. 
Bagi yang berminat hubungi/whatsapp segera 014-973 1064. TEMPAT AMAT TERHAD!