Saturday, November 25, 2017

PENGAMBILAN PELAJAR BARU 2018

Salam para ibubapa yang dirahmati Allah SWT sekelian.
Ramai yang menghubungi pihak Institut Tahfiz AlQuran Profesional (ITAP) untuk pendaftaran sesi persekolahan 2018. Terlebih dahulu pihak ITAP ingin memaklumkan perubahan sistem pengajian di ITAP. Jika sebelum ini ITAP melaksanakan kurikulum Bersepadu/Integrasi, mulai tahun 2018 fokus utama adalah mengkhatamkan hafazan 30 juzuk dalam masa yang singkat, seterusnya mengambil shahadah(lancar 30 juzuk). Akhirnya pelajar akan dibimbing dalam bidang akademik dan diniyah.
Berikut adalah maklumat pengambilan pelajar sesi 2018 untuk tindakan ibubapa sekelian.

*DAURAH TAHFIZ LELAKI 30 JUZUK..*
*PROGRAM YG DI TAWARKAN:*
1. PROGRAM IQRA' 1-6 , 1 BULAN.
2. PROGRAM NAZIRAH 1 BULAN.
3. PROGRAM DAURAH TAHFIZ 4 BULAN KHATAM 30 JUZUK.
4. PROGRAM SYAHADAH 4 BULAN MASYI (LANCAR) 30 JUZUK.
( DI TASMI' DALAM MASA  1 - 3 HARI ).

*In sya Allah.. Dalam masa 4 bulan anak anda boleh menjadi seorang hafizul Quran 30 Juzuk ( Al Hafiz ) atau nak buat Syahadah 30 Juz dalam masa 1 - 3 hari..*

Terhad 30 orang terawal..

*Pendaftaran di buka:*
* Lelaki
* 9 - 19 Tahun

*Syarat²nya:*
1⃣ Boleh Membaca Al Quran Dengan Lancar Dan Bertajwid
2⃣ Niat Nak Jadi Al Hafiz
3⃣ Azam Yang Kuat
4⃣ Semangat Yang Tinggi
5⃣ Bersungguh Sungguh
6⃣ Rajin, Taat & Menjaga Masa
7⃣ Berdsiplin & Lulus Temuduga

Yuran Pengajian: Lillahi Ta'ala
Yuran Makan: RM300/Sebulan x 4 bulan=RM1200
( 3x Makan , Sehari RM10 x 30 Hari = RM300 )
Yuran Penginapan: RM300/4 Bulan
( Sewa Rumah + Bil Utiliti )
Alat Bantu Belajar: RM150
*Total =RM1200+RM300+RM150=RM1650 untuk 4 Bulan*

Daftar Sekarang !!

*Taip Daftar* > < 4 Bulan Hafiz atau Nak Buat Syahadah > < Nama > < Umur > < Dari Mana >
*Hantar ke WhatsApps 0179171977*
( Ust. Razali Nasir Al Hafiz - Mudir )(Pengerusi-0187604505)

Waktu Pejabat *ITAP*:-
Isnin - Jumaat
8.30am - 11.30am
2.00pm - 4.30pm
8.00pm - 10.00pm

Sabtu & Ahad
( Temujanji )

# 1 Rumah 1 Al Hafiz
# 1 Madrasah 1 Wakil
*# Berfikir Boleh*
*In sya Allah.. BOLEH*
...........................................
JADUAL DAURAH TAHFIZ 4 BULAN Hafiz & Syahadah *ITAP*:-
( Isnin - Ahad )
4.00am:
Mandi, Tahajjud & Doa

*5:00:*
*Talaqqi 1*

6.00am:
Subuh Berjamaah , Yassin , Motivasi & Mesyuarat
( sebelum solat, zikir @ selawat )

*6.30am:*
*Talaqqi 2*

8.00am:
Khidmat & Sarapan

*9.00am:*
*Talaqqi 3*

12.00am:
Rehat & Zikir Allah 500 x Sampai Tertidur

1.00pm:
Zohor Berjamaah & Makan Tengahari
( sebelum solat, zikir @ selawat )

*2.00pm:*
*Talaqqi 4*

4.30pm:
Asar Berjamaah & Bacaan Hadis
( sebelum solat, zikir @ selawat )

*5.00pm:*
*Talaqqi 5*

6.00pm:
Riadah, Mandi & Makan Malam

7.00mlm:
Persiapan & Maghrib Berjamaah
( sebelum solat, zikir @ selawat )

*7.30mlm:*
*Talaqqi 6*

10.00mlm:
Isyak Berjamaah & Adab² Sunnah
( sebelum solat, zikir @ selawat )

10.45mlm:
Rehat & Zikir Allah 500 x Sampai Tertidur

*Mohon Doa & Viralkan.*
*Infaq Fi Sabilillah:-
Nama Akaun Maybank: Institut Tahfiz AlQuran Profesional
No. Akaun: 562085523396

#AlQuranituMukjizat.
#Programiqra'1Bulan.
#ProgramNazirah1Bulan.
#ProgramTahfiz4Bulan.
#ProgramSyahadah4Bulan.
#PenajaProgramDiPerlukan.
#Target30Hafiz2018.
*PenajaPelajarMalaysiaTahfiz*
*Cemerlang2018KhatamHafiz30Juz*

*Keperluan Harian:-
1.Bantal, selimut dan alas tidur
2.Pakaian solat, belajar & rehat jubah warna putih ( wajib ) kurta @ baju berwarna boleh pakai di luar kelas.
3.Pakaian sukan & aktiviti luar asrama,seluar trek/t-shirt muslim sahaja ( tidak bergambar )
4.Alatan mandi & alat tulis.

*JAZAKAALLAHU KHAIRAN..*

Saturday, October 7, 2017

KEHIDUPAN DUNIA - CARI DAN AMBILLAH YANG HALAL SEKADAR YANG PERLU SAHAJA

Daripada Said bin Abi Waqqas r.a. kata

nya, telah mendengar dia bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya Allah mencintai seseorang hamba yang bertaqwa, yang kaya jiwa dan yang mengasingkan diri".(Riwayat Muslim)

Monday, October 2, 2017

KEFAHAMAN AGAMA, DAN HIDUP BERAGAMA ADALAH TANDA KASIH SAYANG ALLAH

Daripada Mu'awiyah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan, diberikan kefahaman tentang Agama Islam".( Riwayat àl- Bukhari dan Muslim)

Saturday, September 2, 2017

GANJARAN MENUNJUKKAN PERKARA KEBAIKAN

Daripada Abi Mas'ud 'Uqbah bin 'Amru alAnsariyy alBadriyy r.a., katanya: Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang menunjukkan ke arah kebaikan, maka baginya seumpama pahala orang yang mengerjakannya. (Riwayat Muslim)

Sunday, August 20, 2017

KEBAIKAN DATANG DARIPADA KEFAHAMAN TENTANG ISLAM

Daripada Mu'awiyah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan, diberikan kefahaman tentang agama Islam.(Muttafaqun 'alaih)

Sunday, July 30, 2017

ORANG YANG PALING BAIK IALAH YANG PALING INDAH AKHLAKNYA

Daripada Abdillah bin 'Amru bin Al-'As r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu ialah yang paling indah akhlak.( Muttafaqun 'alaih)

SESEORANG AKAN BERADA DI AKHIRAT BERSAMA ORANG YANG DICINTAINYA DI DUNIA

Daripada Zir bin Hubaish r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Seseorang bersama orang yang paling dia cintai pada Hari Kiamat".(Riwayat alTirmizi: Hadith hasan sahih)

Sunday, June 18, 2017

PERBANYAKKAN MENGINGATI KEMATIAN

Daripada Abu Hurairah r.a.,katanya: Rasulullah SAW bersabda:" Banyakkanlah mengingati pemutus kelazatan-kelazatan iaitu kematian".(Riwayat alTirmizi: Hadith hasan gharib)

Friday, June 16, 2017

MANUSIA YANG PALING BAIK MENURUT AL-QURAN

Daripada Usman bin Affan r.a., katanya: Rasulullah SAW bersabda: Yang terbaik di kalangan kamu ialah sesiapa yang mempelajari alQuran dan mengajar AlQuran".(Riwayat al-Bukhari)

PELIHARA MARUAH MELALUI SIFAT MALU

Daripada Imran bin Husain r.a.,katanya: Rasulullah SAW bersabda:"Sifat malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, June 3, 2017

SAYANGILAH UNTUK DISAYANGI

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:"Sesiapa yang tidak menyayangi dia tidak akan disayangi."(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Keterangan
Hidup ini perlukan kasih sayang. Seorang suami perlukan kasih sayang daripada isterinya. Begitulah sebaliknya. Seorang anak perlukan kasih sayang daripada ibubapanya. Begitulah sebaliknya. Sebut apa sahaja hubungan dua hala antara sesama manusia, sudah pasti ia memerlukan hubungan kasih sayang antara satu sama lain. Untuk diri kita disayangi, jangan minta untuk disayangi, tetapi mulakan lah dengan kita menyayangi orang lain terlebih dahulu: suami, isteri, anak-anak, guru, pelajar, pekerja, majikan dan sebagainya. Di antara banyak-banyak kasih sayang, kasih sayang Allah adalah paling berharga dan kekal abadi. Oleh itu berusahalah mentaati semua perintahNya. Bukan sekadar melaksanakan suruhanNya tetapi dilakukan dengan sepenuh keikhlasan dengan keilmuan dan cara yang terbaik sekali. Kasih sayang Allah juga tidak boleh kita perolehi sekiranya kita terus menerus melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah seperti judi, arak, ramalan bomoh, nombor ekor, mengumpat dan seumpamanya. Amalan keji hanya akan mengundang kemurkaan Allah. Oleh yang demikian kita dituntut untuk meninggalkan semua perkara yang ditegah oleh Allah Subhanahuwataala. Limpah rahmat dan kasih sayang Allah pasti bersama hambaNya yang berkasih sayang. Wallahuaklam.

Monday, May 29, 2017

JANGAN PANDANG REMEH AMALAN KECIL

Daripada 'Adiyy bin Hatim r.a.,katanya: "Saya telah mendengar Nabi SAW bersabda:"Peliharalah diri kamu semua daripada api neraka walaupun dengan sebahagian tamar".( Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Keterangan
Disaat manusia berlumba-lumba untuk melakukan amal soleh dan sedekah, ramai juga yang malu-malu untuk menderma 10 sen, mengalihkan duri atau halangan di jalanan, membasuh pinggan mangkuk atau pakaian membantu ibubapa di rumah, membersihkan kelas membantu guru-guru di sekolah dan kerja-kerja kecil lain yang seumpamanya. Di dalam Hadith tersebut di atas, amalan sedekah yang kecil dan sedikit mempunyai nilai yang tinggi di sisi Allah. Walau sekecil manapun amalan atau sedekah kita, jika ianya diiringi dengan niat ikhlas mencari keredhaan Allah, pasti ganjarannya syurga. Marilah kita meningkatkan amalan kebaikan dan sedekah kita, dilipatgandakan kuantitinya, dipelihara keikhlasan nya semata-mata kerana Allah, pasti dibalas dengan syurga Dan dijauhkan daripada api neraka. Wallahuaklam.

Saturday, May 27, 2017

HUBUNGAN ANTARA KEBAIKAN DAN SEDEKAH

Daripada Jabir r.a.,katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Semua kebaikan ialah sedekah".(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Keterangan
Selagi mana syariat Islam menggariskan sesuatu perkara atau amalan itu baik, bukan perkara yang ditegah atau dilarang oleh Allah dan Rasulullah SAW, amalan kebaikan tersebut dikira sebagai sedekah di mana pelaku kebaikan tersebut wajar menerima ganjaran pahala daripada Allah. Wallahuaklam.

Friday, January 27, 2017

PELUANG UNTUK MENJADI SEORANG AL-HAFIZ

Temuduga 1 pengambilan pelajar baru kemasukan Februari 2017:

Matapelajaran teras BM, BI,MATEMATIK DAN SAINS TURUT DIAJAR.
Peperiksaan UPSR/PSRA/PT3/SPM turut disediakan.

Tarikh   : 4 Februari 2017 (Sabtu)
Masa     : 10 pagi
Tempat  : No. 15 Jalan Matahari Z U5/Z, Subang 2, 40170 Shah Alam.

Yuran bulanan: RM300. Yuran Asrama RM50.
Untuk maklumat lanjut whatsapp : 014-9731064