Sunday, August 16, 2015

JAGA HATI MELALUI AL-QURAN

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila ia baik maka baiklah jasad seluruhnya. Apabila ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati".(Riwayat alBukhari dan Muslim).
Di antara tanda-tanda hati yang sakit adalah sifat hasad dengki, tamak, dendam kesumat, rasa diri hebat, berfikiran negatif  dan pelbagai lagi.
Malas melakukan perintah Allah seperti solat, puasa, zakat,Haji, sedekah dan sebagainya juga dikaitkan dengan masalah penyakit hati. Kaedah mudah untuk mengubat segala penyakit hati ialah dengan mengingati Allah melalui pembacaan AlQuran, bertadabbur memahami dan mengamalkan isi kandungnya. Firman Allah SWT: "Ketahuilah, hanya dengan mengingat Allah (zikrullah) hati menjadi tenang".(Surah Ar-Ra'd ayat 28).
Institut Tahfiz alQuran Profesional akan :
     1) mengambil pelajar baru kemasukan 2016. Kelas bermula  2 Nov 2015. Kelas AlQuran, akademik 2016, kafa/muzakirat 2016 akan dimulakan pada 2 Nov 2015 insyaallah. Ini bermakna anak2 anda akan belajar lebih advanced dua bulan berbanding dengan rakan-rakannya di sekolah-sekolah lain. Untuk pendaftaran, whatsapp/mesej 014-973 1064 atau email ke: tahfizprofesional@gmail.com
     2) mengadakan Program Tahfiz Cuti Sekolah Sesi November - Disember 2015. Pelbagai program menarik untuk manfaat cuti sekolah hujung tahun ini untuk anak-anak anda. Lawatan,berkuda,memanah,bersukan juga disediakan dalam mempelbagaikan aktiviti yang insyaallah tidak membosankan hidup anak-anak. Yuran amat murah dan berpatutan. Oleh kerana tempat adalah terhad, maka tempah/'book' tempat untuk anak-anak anda sekarang melalui whatsapp/mesej ke 014-973 1064 atau email ke: tahfizprofesional@gmail.com