Monday, April 7, 2014

SOALAN PERTAMA ALLAH SWT DARIPADA 4 SOALAN PADA HARI AKHIRAT

1. TENTANG UMURNYA, DI MANAKAH DIHABISKAN
Di manakah kita menghabiskan nikmat masa yang Allah SWT kurniakan  kepada kita?

  • Pusat membeli-belah?
  • Pusat hiburan?
  • Cyber cafe?
  • Kedai kopi?
  • Tepi tasik?
  • Panggung wayang? dan 
  • Lain-lain seumpamanya?
Marilah kita menghargai masa dengan melakukan perkara:
  • Yang disuruh Allah SWT dan Rasulullah SAW
  • Yang berfaedah kepada diri, keluarga dan masyarakat
  • Yang tidak bercanggah dengan Islam
  • Yang tidak membazir
  • Yang tidak melalaikan dari mengingati Allah SWT
Jauhi diri daripada bercakap kosong dan tidak berfaedah, mengumpat, menghina, memandang buruk dan hina manusia lain, menuduh tanpa bukti kukuh dan tanpa usul periksa.
Setiap masa yang diabaikan sebenarnya akan merugikan diri kita. Masa yang ada seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik-baik yang mungkin dengan mengerjakan amalan soleh. Memperkemaskan dan menghayati hakikat amalan yang diwajibkan oleh Allah SWT, meperbanyakkan amalan sunat dan melazimkan diri dengan majlis ilmu, solat berjemaah, zikrullah, istighfar, sedkah dan sebagainya semata-mata mendapatkan redha Allah SWT adalah usaha yang perlu kita istiqamahkan sehingga ajal menjemput kita. Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: "Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman, beramal soleh, berpesan antara satu sama lain dengan kebenaran dan berpesan-pesan antara satu sama lain dengan kesabaran."(Al-Quran Surah al-Asr). Ya Allah, Engkau bantulah kami untuk menggunakan nikmat masa yang engkau kurniakan  kepada kami untuk mentaati perintahMu dan perintah RasulMu serta meninggalkan laranganMu dan larangan RasulMu SAW, Amin ya Rabbal 'alamin.

Sunday, April 6, 2014

EMPAT SOALAN HEBAT DARIPADA ALLAH SWT DI HARI AKHIRAT

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak akan terlepas kedua kaki hamba itu semasa berada di Padang Mahsyar pada hari Qiamat sehingga ditanya kepadanya empat(4) soalan:

  1. Tentang umurnya, di manakah dihabiskan
  2. Tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan
  3. Tentang hartanya, bagaimana diperolehi dan bagaimana digunakan
  4. Tentang ilmunya, apakah diamalkan dengannya.
(Hadith riwayat Imam al-Tirmizi)