No. 15-1 JALAN MATAHARI Z U5/Z, SUBANG 2,40170 SHAH ALAM. Email: tahfizprofesional@gmail.com Call/Whatsapp:018-7604505
Sunday, June 18, 2017
PERBANYAKKAN MENGINGATI KEMATIAN
Friday, June 16, 2017
MANUSIA YANG PALING BAIK MENURUT AL-QURAN
Daripada Usman bin Affan r.a., katanya: Rasulullah SAW bersabda: Yang terbaik di kalangan kamu ialah sesiapa yang mempelajari alQuran dan mengajar AlQuran".(Riwayat al-Bukhari)
PELIHARA MARUAH MELALUI SIFAT MALU
Daripada Imran bin Husain r.a.,katanya: Rasulullah SAW bersabda:"Sifat malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Saturday, June 3, 2017
SAYANGILAH UNTUK DISAYANGI
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:"Sesiapa yang tidak menyayangi dia tidak akan disayangi."(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Keterangan
Hidup ini perlukan kasih sayang. Seorang suami perlukan kasih sayang daripada isterinya. Begitulah sebaliknya. Seorang anak perlukan kasih sayang daripada ibubapanya. Begitulah sebaliknya. Sebut apa sahaja hubungan dua hala antara sesama manusia, sudah pasti ia memerlukan hubungan kasih sayang antara satu sama lain. Untuk diri kita disayangi, jangan minta untuk disayangi, tetapi mulakan lah dengan kita menyayangi orang lain terlebih dahulu: suami, isteri, anak-anak, guru, pelajar, pekerja, majikan dan sebagainya. Di antara banyak-banyak kasih sayang, kasih sayang Allah adalah paling berharga dan kekal abadi. Oleh itu berusahalah mentaati semua perintahNya. Bukan sekadar melaksanakan suruhanNya tetapi dilakukan dengan sepenuh keikhlasan dengan keilmuan dan cara yang terbaik sekali. Kasih sayang Allah juga tidak boleh kita perolehi sekiranya kita terus menerus melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah seperti judi, arak, ramalan bomoh, nombor ekor, mengumpat dan seumpamanya. Amalan keji hanya akan mengundang kemurkaan Allah. Oleh yang demikian kita dituntut untuk meninggalkan semua perkara yang ditegah oleh Allah Subhanahuwataala. Limpah rahmat dan kasih sayang Allah pasti bersama hambaNya yang berkasih sayang. Wallahuaklam.

Monday, May 29, 2017
JANGAN PANDANG REMEH AMALAN KECIL
Daripada 'Adiyy bin Hatim r.a.,katanya: "Saya telah mendengar Nabi SAW bersabda:"Peliharalah diri kamu semua daripada api neraka walaupun dengan sebahagian tamar".( Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Keterangan
Disaat manusia berlumba-lumba untuk melakukan amal soleh dan sedekah, ramai juga yang malu-malu untuk menderma 10 sen, mengalihkan duri atau halangan di jalanan, membasuh pinggan mangkuk atau pakaian membantu ibubapa di rumah, membersihkan kelas membantu guru-guru di sekolah dan kerja-kerja kecil lain yang seumpamanya. Di dalam Hadith tersebut di atas, amalan sedekah yang kecil dan sedikit mempunyai nilai yang tinggi di sisi Allah. Walau sekecil manapun amalan atau sedekah kita, jika ianya diiringi dengan niat ikhlas mencari keredhaan Allah, pasti ganjarannya syurga. Marilah kita meningkatkan amalan kebaikan dan sedekah kita, dilipatgandakan kuantitinya, dipelihara keikhlasan nya semata-mata kerana Allah, pasti dibalas dengan syurga Dan dijauhkan daripada api neraka. Wallahuaklam.

Saturday, May 27, 2017
HUBUNGAN ANTARA KEBAIKAN DAN SEDEKAH
Keterangan
Selagi mana syariat Islam menggariskan sesuatu perkara atau amalan itu baik, bukan perkara yang ditegah atau dilarang oleh Allah dan Rasulullah SAW, amalan kebaikan tersebut dikira sebagai sedekah di mana pelaku kebaikan tersebut wajar menerima ganjaran pahala daripada Allah. Wallahuaklam.
Friday, January 27, 2017
PELUANG UNTUK MENJADI SEORANG AL-HAFIZ
Temuduga 1 pengambilan pelajar baru kemasukan Februari 2017:
Matapelajaran teras BM, BI,MATEMATIK DAN SAINS TURUT DIAJAR.
Peperiksaan UPSR/PSRA/PT3/SPM turut disediakan.
Tarikh : 4 Februari 2017 (Sabtu)
Masa : 10 pagi
Tempat : No. 15 Jalan Matahari Z U5/Z, Subang 2, 40170 Shah Alam.
Yuran bulanan: RM300. Yuran Asrama RM50.
Untuk maklumat lanjut whatsapp : 014-9731064

Wednesday, December 21, 2016
SAMBUTAN PTCS 2016 YANG AMAT MENGGALAKKAN
Alhamdulillah syukur Program Tahfiz Cuti Sekolah (PTCS) 2016 berjalan dengan lancar. Selain penyertaan dari pelajar di sekitar negeri Selangor, terdapat juga beberapa orang peserta dari Melaka dan Perak. Nak tau apa aktiviti menarik mereka di sepanjang program ini, tunggu di laporan yang akan datang in sya Allah.
Sunday, December 4, 2016
PERKEMBANGAN PESERTA PROGRAM TAHFIZ CUTI SEKOLAH DISEMBER 2016
Kebanyakan peserta program telah berjaya mencapai sasaran hafalan Surah al-Mulk. Sebagai perangsang, mereka telah di bawa ke kolam renang - Pusat Akuatik Darul Ehsan yang terletak di pusat Bandaraya Shah Alam.
Ingin memberikan anak-anak anda suatu activities yang bermanfaat sepanjang cuti sekolah ini? Pendaftaran untuk program Tahfiz Cuti Sekolah 2016 bagi minggu-minggu seterusnya masih dibuka. Namun demikian, tempat adalah terhad. Segera WhatsApp nama anak dan no. mykid anak ke talian 0149731064.
Subscribe to:
Posts (Atom)