PELUANG UNTUK MENJADI SEORANG AL-HAFIZ
Temuduga 1 pengambilan pelajar baru kemasukan Februari 2017:
Matapelajaran teras BM, BI,MATEMATIK DAN SAINS TURUT DIAJAR.
Peperiksaan UPSR/PSRA/PT3/SPM turut disediakan.
Tarikh : 4 Februari 2017 (Sabtu)
Masa : 10 pagi
Tempat : No. 15 Jalan Matahari Z U5/Z, Subang 2, 40170 Shah Alam.
Yuran bulanan: RM300. Yuran Asrama RM50.
Untuk maklumat lanjut whatsapp : 014-9731064
No. 15-1 JALAN MATAHARI Z U5/Z, SUBANG 2,40170 SHAH ALAM. Email: tahfizprofesional@gmail.com Call/Whatsapp:018-7604505
Friday, January 27, 2017
Wednesday, December 21, 2016
SAMBUTAN PTCS 2016 YANG AMAT MENGGALAKKAN
Alhamdulillah syukur Program Tahfiz Cuti Sekolah (PTCS) 2016 berjalan dengan lancar. Selain penyertaan dari pelajar di sekitar negeri Selangor, terdapat juga beberapa orang peserta dari Melaka dan Perak. Nak tau apa aktiviti menarik mereka di sepanjang program ini, tunggu di laporan yang akan datang in sya Allah.
Sunday, December 4, 2016
PERKEMBANGAN PESERTA PROGRAM TAHFIZ CUTI SEKOLAH DISEMBER 2016
Kebanyakan peserta program telah berjaya mencapai sasaran hafalan Surah al-Mulk. Sebagai perangsang, mereka telah di bawa ke kolam renang - Pusat Akuatik Darul Ehsan yang terletak di pusat Bandaraya Shah Alam.
Ingin memberikan anak-anak anda suatu activities yang bermanfaat sepanjang cuti sekolah ini? Pendaftaran untuk program Tahfiz Cuti Sekolah 2016 bagi minggu-minggu seterusnya masih dibuka. Namun demikian, tempat adalah terhad. Segera WhatsApp nama anak dan no. mykid anak ke talian 0149731064.
Thursday, November 24, 2016
PROGRAM TAHFIZ CUTI SEKOLAH 2016
Program Tahfiz Cuti Sekolah (PTCS) secara tahunan yang amat dinanti-nantikan. Penuh dengan pengisian yang sungguh menarik minat dan menyeronokkan anak-anak sepanjang cuti sekolah mulai tahun 2008. Berlangsung sepanjang bulan Nov & Dis 2016.
Sebagai platform untuk membiasakan anak-anak dengan hafazan Al-Quran dan Al-Hadith sebelum ibubapa menempatkan anak-anak mereka sepenuh masa di pondok-pondok tahfiz/alim, maahad tahfiz, dan sekolah integrasi tahfiz seperti Institut Tahfiz Al-Quran Profesional. PTCS ini telah berjaya membantu pelajar-pelajar mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab Gemencheh Negeri Sembilan, Maahad Tahfiz Integrasi Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB) Jugra Selangor, Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ) Shah Alam Selangor dan beberapa sekolah berasrama penuh lain. Bekas pelajar PTCS ini juga berjaya menjejakkan kaki mereka ke pusat matrikulasi, pusat pengajian tinggi awam dan swasta.
Sukan memanah/berkuda, indoor games, lawatan yang menyeronokkan juga disediakan. Bonus Kelas Matematik percuma! Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sukan turut juga disediakan. Pendaftaran dan harga istimewa yang amat rendah terhad kepada 100 orang peserta yang pertama sahaja. Berapa modal yang perlu saya laburkan? Sedikit sahaja dibandingkan dengan manfaat yang bakal anda dan anak-anak perolehi. Kebaikan dunia dan juga akhirat. Anda boleh pilih dari senarai yuran di bawah mengikut kemampuan tanpa perlu poket bocor.
Whatsapp nama penuh anak dan no Mykid ke talian 0149731064 atau email ke : tahfizprofesional@gmail.com untuk mendaftar.
Sukan memanah/berkuda, indoor games, lawatan yang menyeronokkan juga disediakan. Bonus Kelas Matematik percuma! Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sukan turut juga disediakan. Pendaftaran dan harga istimewa yang amat rendah terhad kepada 100 orang peserta yang pertama sahaja. Berapa modal yang perlu saya laburkan? Sedikit sahaja dibandingkan dengan manfaat yang bakal anda dan anak-anak perolehi. Kebaikan dunia dan juga akhirat. Anda boleh pilih dari senarai yuran di bawah mengikut kemampuan tanpa perlu poket bocor.

Wednesday, November 2, 2016
GANJARAN BAGI IBUBAPA
Zaman sekarang, kita melihat ibubapa berlumba-lumba menghantar anak- anak mereka ke sekolah tahfiz. Apakah rahsianya? Mari kita singkapi Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Siapa saja membaca al-Qur’an, mempelajarinya dan mengamalkannya, maka dipakaikan kepada kedua orang tuanya pada hari kiamat mahkota dari cahaya dan sinarnya bagaikan sinar matahari, dan dikenakan pada kedua orang tuanya dua perhiasan yang nilainya tidak tertandingi oleh dunia. Keduanya pun bertanya, ‘bagaimana dipakaikan kepda kami semuanya itu?’ Dijawab, ‘karena anakmu telah membawa al-Qur’an”. (HR. Al-Hakim).
Institut Tahfiz al-Quran Profesional menawarkan persekolahan integrasi Tahfiz,akademik dan agama sesi 2017. Pengambilan dan kelas bermula 21 November 2016. Tempat adalah terhad. Diskaun 50% untuk yuran tahunan untuk yang mendaftar sebelum 20 November 2016. Hubungi/whatsapp segera 0149731064
Tuesday, August 30, 2016
MENJAGA HUBUNGAN BAIK DENGAN ALLAH SWT
Kebahagiaan seseorang di dunia dan di akhirat terletak pada tahap keimanannya kepada Allah SWT. Iman sentiasa berubah-ubah, boleh bertambah dan boleh berkurang.
Iman hendaklah sentiasa dijaga melalui langkah-langkah berikut:
Iman hendaklah sentiasa dijaga melalui langkah-langkah berikut:
- Taat dan patuh akan perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW
- Meninggalkan segala larangan Allah SWT dan Rasulullah SAW
- Meninggalkan perbuatan syirik
- Sentiasa melakukan amal soleh
- Redha dengan qadak dan qadar Allah SWT
- Sabar dengan ujian Allah SWT.
Monday, July 11, 2016
KENAPA PERLU BERISTIGHFAR?
Dalam sebuah hadith riwayat Muslim bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: "Demi Allah sesungguhnya aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya lebih dari tujuh puluh kali sehari".
Selain mendapat keampunan Allah, terdapat tiga (3) kelebihan utama lain yang dikurniakan Allah untuk hambaNya di dalam kehidupan di dunia ini:
- mendapat jalan keluar bagi setiap kesusahan
- mendapat cara untuk mengatasi setiap kesempitan
- mendapat rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.
Marilah kita menghafaz hadith di atas, mengamalkan istighfar setiap hari sebanyak yang mungkin di dalam kehidupan kita serta menghebahkannya dikalangan anak-anak kita, ahli keluarga kita, sahabat-sahabat kita dan seterusnya kepada seluruh ummat Islam di dunia agar semuanya mendapat rahmat dan keampunan Allah SWT serta ganjaran yang dinyatakan di dalam hadith tersebut. Aamiin ya Rabbal 'Alamin.
Nota:
- Pengambilan pelajar tahfiz integrasi dan tahfiz sepenuh masa dibuka. Sila hubungi 014-973 1064 untuk maklumat lanjut.
- Pencarian pelajar cemerlang (akademik, alQuran, akhlaq) sedang dilangsungkan untuk pelajar berumur 9-10 tahun. Pelajar yang terpilih akan diberikan bantuan kewangan melalui pengurangan bayaran yuran bulanan. Hubungi 014-973 1064 untuk kemasukan.
Tuesday, October 6, 2015
CIRI PEMIMPIN MENGIKUT SYARIAT ISLAM
PALING HAFIZ DAN FAQIH TENTANG AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Dalam
sirah,
Rasulullah
SAW telah
melantik
lelaki
muda
yang banyak
menghafaz
Al-Quran dan
Surah Al-Baqarah. Dari
Abu Hurairah r.a.
berkata,
Rasulullah
SAW mengutus
suatu
kaum
dalam
peperangan
lalu
berkata,
“Apa
Al-Quran yang ada
bersama
kalian?” Lalu
Baginda
SAW meminta
mereka
membaca
Al-Quran sehingga
sampai
kepada
seorang
lelaki
yang paling muda
dari
kalangan
mereka
dan
bersabda,
“Apa
surah yang ada
bersama
kamu
wahai
fulan?”
Lelaki
muda
itu
menjawab,
“Bersama
saya
surah sekian,
sekian
dan
surah Al-Baqarah.”
Nabi
SAW bersabda,
“Pergilah,
kamulah
sebagai
ketua
mereka,”
Al-Hakim berkata,
ini
hadith sahih
menurut
syarat
al-Bukhari dan
Muslim.
Institut Tahfiz Al-Quran Profesional menyediakan peluang kepada pelajar lepasan UPSR untuk melanjutkan pelajaran di bidang hafazan Al-Quran, disamping menumpukan bidang akademik untuk membina kerjaya sebagai seorang ahli profesional seperti doktor, jurutera, peguam, akauntan, dan lain-lain. Silibus adalah mengikut sukatan Kementerian Pendidikan Malaysia. PT3 dan SPM diuruskan oleh pihak Institut Tahfiz Al-Quran Profesional.
Untuk melahirkan insan yang seimbang dan selari dunia dan akhirat, Institut Tahfiz Al-Quran Profesional juga membekalkan ilmu agama berdasarkan kurikulum pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor. Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) juga disediakan. Pendekata pelajar lepasan Institut Tahfiz Al-Quran Profesional berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan luarnegara dengan pencapaian cemerlang yang diperolehi di peringkat SPM. Dan yang lebih membanggakan lagi dan menyejukkan hati ibubapa ialah anak-anak mereka mampu menghafaz al-Quran WALAUPUN sedikit seperti yang digambarkan di dalam sirah yang diceritakan di atas tadi.
Pendaftaran sesi 2016 baru sahaja bermula. Insyaallah kelas pembelajaran akan bermula bulan November 2015 ini.
Bagi yang berminat hubungi/whatsapp segera 014-973 1064. TEMPAT AMAT TERHAD!
Sunday, September 13, 2015
MEMAHAMI SATU BAB MATEMATIK IBARAT SENYUMAN YANG SEMPURNA
Anda tentu pernah mengalami sakit gigi? Bagaimana rasanya? Tak tentu hala dibuatnya. Adakah anda atau anak anda memahami keseluruhan topik matematik dan subjek yang lain yang diajarkan oleh guru?
Kesan akibat daripada kurang faham dan kurang menguasai topik matematik menyebabkan anak-anak anda malas rasa hendak belajar. Mereka cuas untuk menyiapkan kerja sekolah matematik yang diberikan oleh guru. Markah peperiksaan yang diperolehi tidak seberapa.
Kini tidak lagi. Anda tidak perlu risau. Kami sedia membantu anda, anak-anak anda mengatasi kelemahan topik dan bab yang anda atau mereka lemah. Sekiranya anda berminat menghadiri kelas percuma Matematik, hubungi/whatsapp kami 014-973 1064.
Subscribe to:
Posts (Atom)