Tuesday, July 15, 2014

BERUSAHALAH UNTUK MENCAPAI TAHAP PUASA KHUSUS Siri 1

Pelihara Pandangan

  • Tundukkan pandangan dari perkara yang haram
  • Tidak melihat sesuatu yang melalaikan hati daripada mengingat Allah SWT
  • Maksud hadith Riwayat Al-Hakim: Melihat yang haram seperti anak panah beracun.
Semoga Allah berikan kita semua kekuatan untuk melawan nafsu daripada melihat perkara-perkara yang haram. Amin.

Sunday, June 29, 2014

MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA


Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd r.a. maksudnya: "Bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka".

KEISTIMEWAAN PUASA RAMADHAN SIRI 2


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : " Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh  kali ganda serupa dengannya sehingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berfirman : "Melainkan puasa, kerana ia untukKu.dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meningggalkan syahwat dan makanannya keranaKu". Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhanya dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau misk". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saturday, June 28, 2014

KEISTIMEWAAN PUASA RAMADHAN SIRI 1


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka walaupun satu pintu. dan dibuka pintu-pintu syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: " Wahai orang yang mengharapkan kebaikan! Terimalah. Wahai orang yang mengharapkan kejahatan! Berhentilah, dan (yang ikhlas) kerana Allah dibebaskan dari api neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan". (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Thursday, June 26, 2014

CIRI-CIRI PUASA YANG MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh KEIMANAN dan PENGHARAPAN, maka diampunkan segala dosanya yang terdahulu" (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Sunday, June 22, 2014

'PUASA' REVISITED

Assalamu'alaikum wbkth,
Tajuk kali ni agak berlainan sedikit. Ia membawa maksud..melihat semula, mengulangkaji sedikit sebanyak tentang bab puasa untuk menghadapi bulan yang penuh keberkatan ini.
Dalil wajib puasa dalam bulan Ramadhan adalah bersasarkan Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud"..Maka sesiapa dari kamu telah menyaksikan anak bulan Ramadhan(atau mengetahuinya), hendaklah ia berpuasa di bulan itu..".
Ibnu Umar berkata, " Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, " Jika kalian telah melihatnya (hilal/anak bulan) maka berpuasalah, dan jika kalian telah melihatnya (hilal/anak bulan), maka berbukalah (berhari rayalah), jika kalian terhalangi oleh awan maka perkirakanlah (genapkanlah tiga puluh hari)" (Muttafaqun Alaih)
Perkara yang wajar dititik beratkan oleh orang-orang yang berpuasa adalah:memelihara anggota tubuh badan seperti lidah dari mengumpat, kaki dan tangan dari berjalan dan melakukan maksiat, dan memelihara mata dan telinga dari melihat perkara yang haram. Malah untuk mendapatkan darjah puasa yang tertinggi, perkara berikut juga seperti berlebihan tidur, membazir, berlebihan makan ketika bersahur dan berbuka harus dielakkan. 
Manakala amalan-amalan yang patut diperbanyakkan adalah seperti solat sunat(termasuk tarawikh), bersedekah(termasuk memberi makanan kepada orang yang berbukapuasa), membaca al-Quran (memahami isi kandungan, mengamalkan ajaran dan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya), qiammullail dan iktiqaf di masjid terutama pada 10 malam terakhir Ramadhan.
Mudah-mudahan apa yang Allah SWT gariskan dalam Surah al-Baqarah ayat 183 bermaksud " Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu BERTAQWA" dapat kita capai setelah habisnya Ramadhan nanti insyaallah, amin Ya Rabbal'alamin.

Monday, April 7, 2014

SOALAN PERTAMA ALLAH SWT DARIPADA 4 SOALAN PADA HARI AKHIRAT

1. TENTANG UMURNYA, DI MANAKAH DIHABISKAN
Di manakah kita menghabiskan nikmat masa yang Allah SWT kurniakan  kepada kita?

  • Pusat membeli-belah?
  • Pusat hiburan?
  • Cyber cafe?
  • Kedai kopi?
  • Tepi tasik?
  • Panggung wayang? dan 
  • Lain-lain seumpamanya?
Marilah kita menghargai masa dengan melakukan perkara:
  • Yang disuruh Allah SWT dan Rasulullah SAW
  • Yang berfaedah kepada diri, keluarga dan masyarakat
  • Yang tidak bercanggah dengan Islam
  • Yang tidak membazir
  • Yang tidak melalaikan dari mengingati Allah SWT
Jauhi diri daripada bercakap kosong dan tidak berfaedah, mengumpat, menghina, memandang buruk dan hina manusia lain, menuduh tanpa bukti kukuh dan tanpa usul periksa.
Setiap masa yang diabaikan sebenarnya akan merugikan diri kita. Masa yang ada seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik-baik yang mungkin dengan mengerjakan amalan soleh. Memperkemaskan dan menghayati hakikat amalan yang diwajibkan oleh Allah SWT, meperbanyakkan amalan sunat dan melazimkan diri dengan majlis ilmu, solat berjemaah, zikrullah, istighfar, sedkah dan sebagainya semata-mata mendapatkan redha Allah SWT adalah usaha yang perlu kita istiqamahkan sehingga ajal menjemput kita. Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: "Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman, beramal soleh, berpesan antara satu sama lain dengan kebenaran dan berpesan-pesan antara satu sama lain dengan kesabaran."(Al-Quran Surah al-Asr). Ya Allah, Engkau bantulah kami untuk menggunakan nikmat masa yang engkau kurniakan  kepada kami untuk mentaati perintahMu dan perintah RasulMu serta meninggalkan laranganMu dan larangan RasulMu SAW, Amin ya Rabbal 'alamin.

Sunday, April 6, 2014

EMPAT SOALAN HEBAT DARIPADA ALLAH SWT DI HARI AKHIRAT

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak akan terlepas kedua kaki hamba itu semasa berada di Padang Mahsyar pada hari Qiamat sehingga ditanya kepadanya empat(4) soalan:

  1. Tentang umurnya, di manakah dihabiskan
  2. Tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan
  3. Tentang hartanya, bagaimana diperolehi dan bagaimana digunakan
  4. Tentang ilmunya, apakah diamalkan dengannya.
(Hadith riwayat Imam al-Tirmizi)