No. 15-1 JALAN MATAHARI Z U5/Z, SUBANG 2,40170 SHAH ALAM. Email: tahfizprofesional@gmail.com Call/Whatsapp:018-7604505
Monday, October 2, 2017
KEFAHAMAN AGAMA, DAN HIDUP BERAGAMA ADALAH TANDA KASIH SAYANG ALLAH
Daripada Mu'awiyah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan, diberikan kefahaman tentang Agama Islam".( Riwayat àl- Bukhari dan Muslim)
Saturday, September 2, 2017
GANJARAN MENUNJUKKAN PERKARA KEBAIKAN
Sunday, August 20, 2017
KEBAIKAN DATANG DARIPADA KEFAHAMAN TENTANG ISLAM
Daripada Mu'awiyah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan, diberikan kefahaman tentang agama Islam.(Muttafaqun 'alaih)
Sunday, July 30, 2017
ORANG YANG PALING BAIK IALAH YANG PALING INDAH AKHLAKNYA
Daripada Abdillah bin 'Amru bin Al-'As r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu ialah yang paling indah akhlak.( Muttafaqun 'alaih)
SESEORANG AKAN BERADA DI AKHIRAT BERSAMA ORANG YANG DICINTAINYA DI DUNIA
Daripada Zir bin Hubaish r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Seseorang bersama orang yang paling dia cintai pada Hari Kiamat".(Riwayat alTirmizi: Hadith hasan sahih)
Sunday, June 18, 2017
PERBANYAKKAN MENGINGATI KEMATIAN
Friday, June 16, 2017
MANUSIA YANG PALING BAIK MENURUT AL-QURAN
Daripada Usman bin Affan r.a., katanya: Rasulullah SAW bersabda: Yang terbaik di kalangan kamu ialah sesiapa yang mempelajari alQuran dan mengajar AlQuran".(Riwayat al-Bukhari)
PELIHARA MARUAH MELALUI SIFAT MALU
Daripada Imran bin Husain r.a.,katanya: Rasulullah SAW bersabda:"Sifat malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Saturday, June 3, 2017
SAYANGILAH UNTUK DISAYANGI
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:"Sesiapa yang tidak menyayangi dia tidak akan disayangi."(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Keterangan
Hidup ini perlukan kasih sayang. Seorang suami perlukan kasih sayang daripada isterinya. Begitulah sebaliknya. Seorang anak perlukan kasih sayang daripada ibubapanya. Begitulah sebaliknya. Sebut apa sahaja hubungan dua hala antara sesama manusia, sudah pasti ia memerlukan hubungan kasih sayang antara satu sama lain. Untuk diri kita disayangi, jangan minta untuk disayangi, tetapi mulakan lah dengan kita menyayangi orang lain terlebih dahulu: suami, isteri, anak-anak, guru, pelajar, pekerja, majikan dan sebagainya. Di antara banyak-banyak kasih sayang, kasih sayang Allah adalah paling berharga dan kekal abadi. Oleh itu berusahalah mentaati semua perintahNya. Bukan sekadar melaksanakan suruhanNya tetapi dilakukan dengan sepenuh keikhlasan dengan keilmuan dan cara yang terbaik sekali. Kasih sayang Allah juga tidak boleh kita perolehi sekiranya kita terus menerus melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah seperti judi, arak, ramalan bomoh, nombor ekor, mengumpat dan seumpamanya. Amalan keji hanya akan mengundang kemurkaan Allah. Oleh yang demikian kita dituntut untuk meninggalkan semua perkara yang ditegah oleh Allah Subhanahuwataala. Limpah rahmat dan kasih sayang Allah pasti bersama hambaNya yang berkasih sayang. Wallahuaklam.

Subscribe to:
Posts (Atom)