No. 15-1 JALAN MATAHARI Z U5/Z, SUBANG 2,40170 SHAH ALAM. Email: tahfizprofesional@gmail.com Call/Whatsapp:018-7604505
Tuesday, April 3, 2012
Thursday, March 29, 2012
Sunday, March 18, 2012
PENCAPAIAN CEMERLANG PROGRAM MAC 2012
Pada 11 Mac 2012, pihak Institut Tahfiz Al Quran Profesional (I.T.A.P) telah mengadakan Program Tahfiz Musim Cuti Sekolah siri ke 8 selama 3 hari 2 malam yang bertempat di Institut Tahfiz Al Quran Profesional. Seramai 27 orang peserta telah menyertai program ini dan seramai 7 orang guru telah terlibat sepenuhnya sebagai fasilitator program. Setelah tamat pendaftaran peserta, peserta-peserta program berhimpun di ruang legar sekolah bagi sesi suai kenal. Di mulai dengan bacaan Asma’ al Husna, iqrar dan seterusnya Pengarah Program telah menyerahkan jadual program kepada semua peserta. Peserta diberikan taklimat secara ringkas berkenaan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang program tersebut. Di antara pengisian program ini adalah membaca ayat suci Al Quran secara bertilawah. Klinik tajwid juga diadakan bagi mengenalpasti masalah bacaan peserta. Selain itu, kelas menghafaz juga diadakan mengikut tahap. Tahap juz 30 (surah An Nas hingga surah Ad Dhuha) dan tahap hafazan juzuk satu (1)
Pada hari terakhir program, peserta di uji kekuatan hafazan surah-surah yang dihafaz dalam bentuk pertandingan. Perujian hafazan diadakan dari awal pagi hingga jam 9.50 pagi. Setelah itu, peserta berhimpun diruang yang telah disediakan bagi meraikan majlis penutup program dan majlis penyampaian hadiah serta sijil kepada semua peserta. Ibu bapa mula hadir dan duduk bersama meraikan majlis tersebut. Majlis dimulai dengan zikir, bacaan Al Fatihah dan disusuli dengan ucapan Pengarah Program. Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak, ibu bapa, fasilitator-fasilitator, dan terutama sekali kepada peserta yang menyertai program ini. Beliau menyatakan bahawa selagi mana wujudnya ketaatan di dalam urusan agama, segala perbuatan pasti membuahkan keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T. Beliau mengharapkan ilmu yang diperolehi dapat terus diamalkan agar memperoleh manfaatnya.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pemenang peserta hafazan tahap surah-surah lazim, pemenang peserta juzuk 1, pemenang pertandingan sukaneka, cenderahati kepada peserta yang tidak memenangi sebarang pertandingan dan penyampaian sijil kepada peserta-peserta. Penyampaian hadiah disampaikan oleh semua fasilitator secara bergilir-gilir dan majlis diakhiri dengan bacaan doa. Peserta-peserta dan fasilitaor bersalam-salaman diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Thursday, March 1, 2012
CINTA HAKIKI CINTA ILAHI
Cuba
lihat lirik lagu ini.. Lirik lagu Rabi’atul Adawiyyah (In-Team)
“Engkau bermula dengan sengsara,
dalam mencari bahagia, terasa bagai bayang-bayang, gelap walau disuluh cahaya..
Pepasir pantai pun berubah, pabila hakikat melanda, ketenangan yang kau cari terpancar
di lorong sufi, kau hiasi rumah kasih abadi, sering menghiasi singgah sanamu,
kau berjaya merubah segala, kasih semalam menjadi esok, kelunakan tangisan
kasihmu, dalam simpuhan ketaatan, bagi mengharapkan keredhaan, darimu Tuhan
Pencipta alam, Rabi’atul Adawiyyah, serikandi yang tercipta, sungguh agung
pengabdianmu, kau berjaya menjadi iktibar, asmaramu dihampar suci, pintalan
dari awanan putih, membuahkan titisan rahmat, menyuburkan mawar yang layu.
namamu menjadi sanjungan, ikutan ummah sepanjang zaman, ayuh bersama kita
susuli, perjalanan kekasih Allah..”
Teman, nah, bila lagu ini
didendangkan dan berkumandang, ramai yang terpukau. Paling tidak pun, alunannya
tidak membosankan telinga yang mendengar. Iramanya cukup syahdu sehingga
menarik perhatian ramai pendengar. Tidaklah dapat dipastikan punca yang menjadi
daya tarikannya. Apakah pada lagunya, senikatanya, suara kumpulan In Team ini
ataupun pada diri Rabi’ah itu sendiri (kisah wanita yang riwayat hidupnya
dikisahkan didalam lagu tersebut).. hmm..?
Pernahkah anda bertanya, siapakah
Rabi’ah dalam lagu ini? Mengapakah kisahnya cuba diketengahkan semula setelah
sekian lama ia terpendam di dalam lipatan sejarah? Apa istimewanya wanita yang
bernama Rabi’ah ini dan mengapakah riwayat hidupnya perlu kita selusuri, kita
kaji, kita teliti dan seterusnya kita contohi?
Rabi’ah lahirnya dari sulbi seorang
lelaki miskin, Ismail ‘Adawiyyah di tengah-tengah kota Basrah. Selepas
kelahiran 3 orang puteri, pasangan suami isteri ini amat-amat mengharapkan seorang
putera. Namun kehendak manusia tidak dapat menandingi kehendak Tuhannya. Anak
keempat mereka ini pun lahir sebagai seorang puteri. Kerana sedikit kecewa,
tiada nama yang indah diberikan pada bayi ini selain ‘Rabi’ah’ yang membawa
maksud ‘keempat’.
Biarlah kelahiran Rabi’ah tidak
disambut meriah, tapi Tuhan tetap mahukan Rabi’ah dimuliakan. Maka bermimpilah
Ismail bertemu Rasulullah S.A.W. Baginda mengkhabarkan kepadanya bahawa anak
keempatnya itu adalah manusia pilihan Tuhan. Meskipun namanya tak seindah
disebut manusia, tapi dia cukup terkenal di alam para Malaikat.
Rabi’ah membesar dalam pemeliharaan
Allah. Semenjak dia mula tahu membezakan apa yang baik dengan yang buruk, dia
sudah dididik untuk mengenal Tuhannya. Begitulah keadaan Rabi’ah dari kecil
hingga remaja. Dari remaja mencecah dewasa. Dari zaman dewasa hingga ke tua,
masanya penuh terisi dengan usaha untuk mengenal Allah Ta’ala.
Sehinggalah usaha-usahanya yang
penuh ketulusan, diliputi dengan wangian keikhlasan telah mencambahkan benih-benih
cinta pada Tuhan. Kemudian benih-benih cinta yang telah disemai sejak dia mula
mengenali Allah itu, terus disuburkan dengan pelbagai bentuk ibadat. Namun
tujuan ibadat Rabi’ah tidaklah seperti mana tujuan yang menjadi kebiasaan
kebanyakkan manusia. Sebahagian besar manusia, bila melaksanakan satu-satu
ibadah samada ia ibadah wajib, sunat atau harus, mereka lakukan dengan satu
tujuan iaitu mendapatkan pahala sebanyak yang mungkin. Pahala itulah yang akan
memungkinkan mereka layak menjejakkan kaki ke syurga Allah. Di samping itu,
kebanyakan manusia juga berusaha untuk meninggalkan sebarang jenis kejahatan
kerana khuatir mereka bakal menjadi penghuni neraka Tuhan.
Paling tidak pun, itulah yang sering
menjadi matlamat sebahagian besar manusia dalam beribadah kepada Allah. Namun
bagi Rabi’ah syurga bukanlah yang menjadi idamannya.. dan bukanlah neraka
menjadi kekhuatiran dirinya. Pernah dalam sebuah majlis, Rabi’ah bertanya
kepada murid-muridnya “kalau ditakdirkan Allah tidak menjadikan syurga dan
neraka, apakah kalian akan terus menyembahnya?” Terkedu para hadirin. Bagaimana
mahu menjawab persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka selama
ini. Lalu apakah sebenarnya tujuan Rabi’ah dalam beribadah? Pada persoalan ini,
Rabi’ah menjelaskan pendiriannya, “aku menyembah Allah kerana Allah
semata-mata. Cinta itulah yang menyebabkan aku merasa nikmat menyembahNya.
Bukan kerana mahukan syurga atau takutkan neraka. Segala nikmat yang Dia
berikan padaku itu pun, sudah cukup untuk membuatkan aku berdiri menyembahNya.”
Begitulah kudusnya cinta Rabi’ah
pada Tuhannya. Dia menyembah Allah atas dasar cinta, yang mana dari rasa cinta
itulah terbitnya rasa rindu untuk selalu berdiri menyembahNya. Segala apa yang
dia lakukan berupa ibadah, adalah atas dasar cinta, bukan kerana terpaksa.
Tanda orang yang beribadah kerana terpaksa ialah bila sembahyang tidak merasakan
kelazatannya, bahkan kewajipan-kewajipan itu semua dilakukan dalam keadaan rasa
berat hati. Bia selesai sembahyang terasa lega. Lega sebab kewajipannya
tertunai sudah. Sedangkan bagi mereka
yang beribadah kerana rasa cinta pada Allah kalau boleh dia mahu berlama-lama
dalam sembahyang. Tak sanggup rasanya untuk berpisah dengan Tuhan yang
dicintai. Kerana dalam sembahyanglah dia dapat mengadu tentang dirinya pada
Allah. Itulah kesan daripada wujud rasa cinta kepada Allah. Waktu-waktu
sembahyang sentiasa dinanti-nantikan seperti seseorang menanti-nanti hari untuk
bertemu dengan kekasihnya….
Begitulah ibdah Rabi’ah. Hidup penuh
terisi dengan kecintaan pada Ilahi, sehinggakan hatinya tidak lagi ada lagi
ruang untuk mencintai selain daripadaNya. Tidak sanggup Rabi’ah untuk menduakan
cinta Tuhan dengan bercinta pada manusia, harta dan juga dunia. Rabi’ah hanya
mahu bercinta dengan Tuhan kerana dia senang digelar hamba kepada Tuhan.
Itulah Rabi’atul Adawiyyah, perawan
suci kota Basrah. Usahlah lagunya hanya menjadi halwa telinga sedangkan
perjalanan hidup Rabi’ah tidak kita teladani. Teladanilah Rabi’ah, wanita
terpilih menjadi wali Allah.
Kita bercinta, Rabi’ah juga
bercinta. Tapi yang pasti cinta Rabi’ah adalah cinta yang agung. Kerana Rabi’ah
bercinta dengan Yang Kekal selama-lamanya.. Allahu Akhbar yang menciptakan
insan seperti ini.
Wallahu’aklam.
Wassalamu’alaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Tuesday, January 31, 2012
KASIHI RASULULLAH S.A.W.
Mencintai Nabi Muhammad SAW adalah termasuk ke dalam hakikat iman:
i) Dalilnya Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.” Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali Imran, 3: 31)
ii) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling dia cintai melebihi hartanya, keluarganya, dan seluruh manusia yang lainnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Setiap diri hendaklah melihat ke dalam diri masing-masing, adakah ia telah benar-benar mencintai Nabi Muhammad SAW sebagaimana yang sepatutnya.
Antara sifat-sifat orang-orang yang mencintai Rasulullah SAW adalah:
- mengikuti dan mencontohi Nabi dalam beragama dari segi aqidah(menjauhi syirik). Firman Allah yang bermaksud :“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka). Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut.” (Surah al-Nahl, ayat 36)
- mengamalkan sunnah-sunnah termasuk apa-apa yang dilakukan dan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dalam ibadah, mencintai orang-orang yang dicintai Rasulullah SAW seperti ahli keluarga Baginda SAW dan membenci musuh-musuh Allah SWT.
- menyampaikannya kepada yang lain agar kebenaran terus kekal dan manusia terus menerus mengenal Allah dan mencintai Rasulullah SAW.
Tuesday, January 17, 2012
ADAB-ADAB BELAJAR
Awal tahun merupakan saat penting untuk para pelajar, samada yang belajar secara formal melalui sekolah,kolej ataupun universiti, ataupun yang belajar secara tidak formal melalui kelas di surau, masjid dan sebagainya, untuk mengetahui adab-adab belajar agar ilmu yang dipelajari diberkati Allah dan mendapat hasil yang membanggakan. Di sini diperturunkan sebahagian dari adab-adab tersebut secara ringkas, untuk semakan dalam diri sendiri dan panduan semua:
Sunday, November 13, 2011
LAKUKAN KERJA / TUGASAN HARI INI JUGA. DAN SIAPKAN!
Di dalam al-Qur'an Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa.” (Surah Ali Imran ayat 133)
Buang sikap untuk menangguh-nangguhkan pekerjaan. Jika ia perlu dihabiskan diwaktu pagi, maka selesaikan diwaktu pagi. Jika perlu diselesaikan diwaktu petang, maka selesaikan diwaktu petang. Jika perlu disiapkan esok, sebaik-baiknya siapkan lebih awal, jika boleh hari ini. Dan begitulah seterusnya. Pekerjaan / tugasan yang disempurnakan 'ahead of time' adalah lebih baik kerana ia memberi keselesaan kepada sipembuat. Ia menyebabkan fikiran menjadi lebih tenang, pekerjaan tidak terburu-buru, dan hasil kerjanya sudah tentulah lebih elok dan sempurna lagi.

Thursday, November 10, 2011
HIDAYAH - SATU PLATUN ASKAR KOREA MASUK ISLAM
Subhanallah..benarlah firman Allah SWT yang menyatakan bahawa hidayah/petunjuk kepada jalan Islam adalah di bawah kekuasaanNya. Ini merupakan berita yang menggemparkan sesetengah daripada kita umat Islam, apatah lagi kepada rakyat Korea dan pimpinan tertinggi negara tersebut.
Kapten San Jin-Gu adalah salah seorang komandan Brigade-11SF, pasukan perdamaian PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Iraq. Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Semasa bertugas di wilayah tersebut, dia sering mengamati orang-orang muslim bersolat berjemaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid. Dia sangat terpegun dengan gerakan-gerakan solat. Kerana dihinggapi rasa kagum, dia mencuba meniru seluruh gerakan solat dan dipraktikkan di biliknya bersendirian.
Kapten San Jin-Gu adalah salah seorang komandan Brigade-11SF, pasukan perdamaian PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Iraq. Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Semasa bertugas di wilayah tersebut, dia sering mengamati orang-orang muslim bersolat berjemaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid. Dia sangat terpegun dengan gerakan-gerakan solat. Kerana dihinggapi rasa kagum, dia mencuba meniru seluruh gerakan solat dan dipraktikkan di biliknya bersendirian.
Semasa dia mempraktikkan gerakan solat itulah, dia merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya. Itulah sebabnya, gerakan-gerakan solat tersebut kemudian, di jadikannya program meditasi di pasukan yg dia pimpin dan ternyata sebagian besar perajurit setelah mempraktikkan gerakan-gerakan solat tersebut merasakan perkara yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai..
Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenali dengan lebih mendalam lagi, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam. Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada perajurit-perajuritnya, dia berkata:

Tanpa dia duga, secara spontan 37 orang askar di bawah pimpinannya mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandannya – untuk juga memeluk Islam.
Alhamdulillah-Allahu Akbar!
Friday, November 4, 2011
SELAMAT HARI RAYA QURBAN
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar walillahilhamd.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi kita diberikan peluang untuk menyambut kedatangan bulan Zulhijjah yang di dalamnya terdapat suatu hari kebesaran - Hari Raya Aidil Adha yang disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Ia adalah kemuncak kepada para jamaah haji yang berada di kota suci Makkah Al-Mukarramah.
Perhimpunan agung umat Islam di kota suci Makkah ini merupakan suatu lambang penyatuan dan pengorbanan. Semoga kita sama-sama dapat menghayati dan mengambil iktibar dari konsep penyatuan dan pengorbanan ini agar ianya menjadi pencetus dan pembakar semangat kepada setiap diri kita untuk kita membina kejayaan, di dunia dan di akhirat, InsyaAllah. Amin Ya Rabbal'alamin.
Sekian, maaf zahir dan batin, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)