Friday, September 30, 2011

PROGRAM TAHFIZ MUSIM CUTI SEKOLAH 2011 - SIRI 7

PENGENALAN
Segala puji milik Allah Tuhan semesta alam.
Selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada Rasul SAW, kepada keluarga dan para sahabatnya.

Firman Allah SWT dalam Surah at-Tahrim ayat 6 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

Rasulullah SAW pula bersabda yang bermaksud: “Apabila manusia mati maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariah, ilmu bermanfaat, atau anak soleh yang mendo’akannya.”
(HR. Muslim, dari Abu Hurairah)

Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan asuhan dan didikan yang sempurna kepada anak-anak. Merekalah yang bakal memimpin keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu, bekalkanlah mereka dengan panduan dan didikan yang berguna sewaktu usia kanak-kanak mereka. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

MATLAMAT & OBJEKTIF

   1. Membentuk akhlak yang baik, positif, menghargai ibubapa dan waktu.
   2. Mempelajari dan mengamalkan ilmu-ilmu Islam.
   3. Mengetahui dan mengamalkan kaedah-kaedah menghafal al-Qur'an di sepanjang hayat.
  4. Belajar bersosial sesama kawan-kawan di dalam satu kelompok terkawal yang  berunsurkan islam dan pelbagai lagi.
KELOMPOK SASARAN

   1. Sesuai untuk pelajar enam(6) tahun(2011) dan duabelas(12) tahun(2011) yang berhasrat untuk masuk sekolah integrasi Tahfiz/Akademik/Diniah sesi 2012.
   2. Berumur diantara 6 hingga 18 tahun..
   3. Pelajar yang akan bercuti panjang demi untuk memanafaatkan masa cuti. 4 minggu berprogram dan dua minggu terakhir 2011 berehat, melancong, mengembara dan sebagainya bersama keluarga.
   4. Sebagai tempat alternatif untuk ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke taska/daycare centre/rumah jiran dsbnya.
TENAGA PENGAJAR

   1. Tenaga-tenaga pengajar adalah mereka yang mempunyai kelulusan dari Maahad Tahfiz  Al-Quran dalam dan luar negara
   2. Guru Fardhu Ain yang berpengalaman
   3. Penceramah jemputan dan
   4. Pakar Motivasi
   5. Ahli Profesional (sesuai sebagai nama Institut Tahfiz Al-Qur'an Profesional, yang ingin melahirkan golongan huffaz profesional insyaAllah)








































YURAN PENYERTAAN
·   Adalah rendah dan berpatutan untuk seorang pelajar berulang alik (makan minum dan bahan pembelajaran). Diskaun 10% untuk anak kedua, 5% untuk anak ketiga dan seterusnya. Juga untuk ahli keluarga dan saudara mara.
·   Tambahan RM 200 untuk asrama. Bayaran pendahuluan/tempahan tempat/pendaftaran (tidak dikembalikan) RM 150 hendaklah dibayar ke akaun
Maybank atas nama: Institut Tahfiz Al-Qur'an Profesional, No. akaun 562085523396.
Bukti pembayaran hendaklah diserahkan kepada pejabat atau diemailkan ke tahfizprofesional@gmail.com