Thursday, September 22, 2011

PENDAFTARAN PELAJAR BARU DARJAH 1 & TINGKATAN 1 TAHUN 2012

Institut Tahfiz Al-Qur'an Profesional (I.T.A.P.) adalah sebuah institusi pendidikan yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam, Selangor ( JAIS ). I.T.A.P. menawarkan matapelajaran akademik yang menggunakan sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sukatan pelajaran agama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Hafazan al-Quran.

Pengambilan pelajar baru dibuka SEKARANG untuk Darjah 1 dan Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2012.
Namun demikian pelajar Darjah 2-6 dan Tingkatan 2-5 juga adalah diterima.

Kami menyediakan pelajar-pelajar untuk menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Menengah Agama (SMA), dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

SYARAT KEMASUKAN
  • Minat al-Quran
  • Darjah 1 ( 7 tahun ) hingga Darjah 6
  • Tingkatan 1 (13 tahun) hingga Tingkatan 5 

WAKTU PERSEKOLAHAN


  • Sesi pagi : 7.30 pagi - 12.30 tengahari
  • Sesi petang : 2.30 ptg - 5.30 ptg

PAKEJ PERSEKOLAHAN
  • Pengangkutan ke Sekolah Agama & Sekolah Kebangsaan
  • Kemudahan Taska, Tadika & Transit
  • Kemudahan Mengaji Iqra / Al-Quran
  • Kemudahan Asrama

PENDAFTARAN UNTUK TAHUN 2012
  • Hubungi melalui e-mail: tahfizprofesional@gmail.com
  • H/p 013-746 2924. 
  • Untuk maklumat lanjut tentang I.T.A.P., lihat artikel / label 'Perihal I.T.A.P.' di dalam laman web ini.
I.T.A.P. berhasrat untuk "Melahirkan Generasi Huffaz yang Profesional" seperti Ulama silam yang juga ahli profesional, sebagai contoh, Ibnu Sina, Al-Razi, Ibnu Bathuta, Imam As-Syafie dan lain-lain lagi.

SEGERA. Tempat Terhad.